Ulasan Buku : Seni Membahagiakan Pasangan

Tajuk Buku : Seni Membahagiakan Pasangan

Penulis Asal : Ali bin Nayif Asy-Syuhud

Penterjemah : Arif Munandar, Lc.

Cetakan : ketiga (2019)

 

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia me ciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (Ar-Rum (30): 21).

Kebahagiaan dan keharmonian dalam rumahtangga yang di idam-idamkan setiap pasangan tidak akan terjalin tanpa usaha mencapai kesefahaman dalam setiap masalah mahu pun ujian yang melanda setiap perhubungan.

Buku ini hadir bagi memberi sedikit tip yang pastinya bermanfaat buat pasangan suami isteri.

Cinta dan kasih sayang haruslah selalu di semai, dibajai dan siram dengan buih-buih cinta agar selalu mekar dan tetap segar dalam apapun keadaan yang melanda.

Buku setebal 110 muka surat ini, memberikan pembaca satu kaedah penambahbaikan yang harus dimulai dari diri sendiri.

Buku ini sesuai di baca bukan hanya kepada mereka yang baharu berkhawin atau yang akan berkhawin tetapi sesuai juga kepada pasangan yang telah lama berkhawin. Tentunya setiap pasangan menginginkan nasihat yang memotivasikan diri masing-masing untuk menjadi pasangan yang lebih baik dari hari ke hari.

Mungkin bagi sebahagian orang, hal-hal kecil seperti meluangkan masa untuk berbual dengan pasangan adalah suatu hal remeh, tetapi hal sekecil itulah yang mampu menambahbaik komunikasi antara pasangan yang saling mempunyai tanggungjawap dalam rumahtangga mahupun kerjaya.

Mencipta satu ruang untuk duduk bersama, memahami dan saling bertukar pendapat tentang sesuatu perkara. Suatu pembahasan yang sangat mudah difahami mahupun dipraktikkan. 

Semoga kehadiran buku sederhana ini mampu memberi manfaat kepada ramai pasangan berkhawin yang tercari-cari bahan bacaan yang dapat memberi pandangan sekaligus nasihat untuk menjadi suami atau isteri yang disenangi oleh pasangan dalam mewujudkan rumahtangga yang sakinah mawaddah warahmah. Insya-Allah. 

Selamat Membaca!


Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca


Aishah Nerina
Aishah Nerina

لا يشكر الله من لا يشكر الناس

Articles: 47