Ulasan Buku : 100 Ciri Wanita Shalihah

Tajuk Buku : 100 Ciri Wanita Shalihah 

Penulis Asal : Dr. Fahd Khalil Zayid

Penterjemah : Abu Husamuddin

Penerbit : Pustaka Arafah

Cetakan : pertama (2019)

 

Judul asal nashkah ini adalah Syakhshiyyal  Al-Mar’ah Al-Muslimah : 100 khaslah li-Takwîn Syakhsiyyah Mutamayyizah karya Dr. Fadh Khalil Zayid. Memuatkan  384 muka surat, diterjemahkan ke bahasa indonesia oleh Abu Husamuddin cetakan pertama pada oktober 2019.

 

Naskah yang sangat bermanfaat buat kaum muslimah, mengandungi nasihat dan teguran membina, bagaimana seharusnya seorang wanita muslimah berperilaku. Membina jati diri dan peribadi yang dapat dijadikan ikutan atau contoh buat generasi baharu. Kerana wanita adalah madrasah, guru yang menjadi pendidik pertama kepada anak-anak sebelum keluar ke dunia luar menimba ilmu. 

 

Bagi saya buku ini seperti nasihat seorang ibu kepada anak perempuannya, tentang hal-hal yang perlu dititikberatkan ataupun perlu dijauhi. Sesuai untuk dijadikan panduan mendidik anak perempuan seusia remaja. 

 

Penggunaan bahasa yang mudah difahami, walaupun dalam bahasa indonesia. Kupasan yang disertakan dalil Al-Quran dan hadis sebagai sandaran hukum. 

 

Wanita muslimah seharusnya memiliki sifat sederhana dalam kehidupan mereka, menuntun hati agar selalu berada dalam kondisi yang baik, menjauhi pintu-pintu yang dapat menjerumuskan kaum wanita kepada perbuatan lagha yang hanya menompok saham di akhirat kelak lebih-lebih lagi menghapus pahala amalan ibadah. Kerana itu perlunya nasihat yang berterusan. Agar sentiasa istiqamah di jalan yang benar.

 

Saya tertarik dengan untaian kata dari Syaikh Ibnu Taimiyyah yang dimuatkan pada halaman 95 buku ini. 

“Sendi kebahagiaan kaum wanita dalam agama dan dunianya adalah sederhana, bersikap pertengahan, dan tidak berlebih-lebihan.” 

 

Begitu perlunya wanita dalam menelaah diri sendiri, mengawal tingkah laku, menjaga tutur kata bukanlah satu kempen perlunya menjadi wanita yang lemah tetapi sebaliknya menjadikan seseorang wanita muslimah yang tangguh dan bijaksana. Sesuai fitrah dan kondisi peribadinya.

 

Tidak di nafikan, wanita sentiasa dibelenggu oleh emosi diri sendiri, sehingga setiap perbuatan dan tingkah laku dipengaruhi oleh emosi semasa, tanpa bimbingan dan dorongan pasti para wanita muslimah berada dalam keadaan yang ‘tenat’ pemikiran dan peribadinya. Kerana itu duhai sahabatku muslimah, hargailah diri dengan menjadi sebaik-baik perhiasan dunia dengan menjadikan ilmu agama sebagai landasan memperbaiki diri dari semasa ke semasa.


Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca


Aishah Nerina
Aishah Nerina

لا يشكر الله من لا يشكر الناس

Articles: 47