Ulasan Buku : Hijab, Busana Muslimah sesuai Syariat dan Fitrah

Tajuk Buku : Hijab, Busana Muslimah sesuai Syariat dan Fitrah
Penulis : Abdulaziz bin Marzuq Ath-Tharifi
Penterjemah : Askary Shibghotulhaq
Terbitan : Al Qowam
Cetakan : November 2015

Hijab dan busana muslimah selalu menjadi persoalan serius pada zaman kebelakangan ini, ianya menjadi begitu menarik dengan pelbagai pandangan dan penulisan dari berbagai pihak yang tampil memberi penjelasan sesuai kefahaman masing-masing dengan bersandarkan dalil Al-Quran dan Hadits sebagai tunjang pembahasan mengenai isu ini.

Namun, pembahasan yang begitu meluas memberikan ruang percanggahan dalam memahami nash-nash yang bertepatan. Sehingga dalil dan perkataan para fukaha tidak lagi di fahami sebagaimana semestinya. 

Penulis berpendapat bahawa seharusnya isu hijab tidak di bincangkan secara meluas, ini kerana menurut penulis yang di perlukan hanyalah membalikkan nash-nash Al-Quran dan As-Sunnah pada makna dan perkataan para fukaha yang sebenarnya.

Penulis menulis buku ini untuk menjelaskan beberapa point penting, di samping memberi kefahaman kepada para pembaca dalam memahami fiqih dengan benar, dan dengan tidak menisbatkan perkataan yang tidak dikatakan oleh para fukaha sewenangnya.

Saya mengambil masa 21 hari menghabiskan buku setebal 210 muka surat ini, penulisan tentang hijab di dalam buku ini sangat padat dan agak berat, sarat dengan dalil sehingga bukan mudah untuk di fahami dan di hadam dalam masa yang singkat.

Meskipun begitu, saya sangat tertarik dengan beberapa bab yang di muatkan dalam buku ini, seperti pembahasan mengenai aurat satr(aurat yang harus ditutup) dan aurat nazhar(aurat yang harus dijaga dari pandangan) selain menjelaskan mengenai ayat mustasyabih dan ayat muhkam, pembaca juga di hidangkan dengan beberapa bab menarik yang lain seperti :

1. Perubahan syariat dan karakter manusia

2. Fitrah menjaga kesopanan

3. Hijab, ibadah atau budaya?

4. Pengaruh sejarah dan realiti terhadap fiqih

5. Titik temu perbezaan pendapat tentang aurat wanita yang harus ditutup

6. Perbezaan pendapat dan hak memilih

7. Tahapan dalam penetapan syariat hijab

Penulis cuba untuk menerangkan mengenai percanggahan dalam memahami dalil berkenaan hijab agar para pembaca dapat memahami isu ini dengan lebih mendalam, dan dapat menemukan jawapan dari setiap persoalan disamping dapat merungkai setiap permasalahan yang selalu menjadi pertelingkahan ramai pihak. Dalam bab ini seharusnya ramai pihak perlu berlapang dada.

Saya menyarankan bacalah dengan penuh hikmah dan tertib serta mencari beberapa buku rujukan lain untuk nota tambahan dan buku ini juga bagus untuk dibincangkan bersama rakan-rakan atau yang lebih arif bagi memudahkan memahami perkataan-perkataan langka yang dimuatkan dalam kandungan buku ini.

Bagi saya sendiri, buku ini memberi pemahaman baru dan pandangan lebih jauh dalam memahami isu seputar hijab. Walaupun sebelum ini saya telah menerokai dua buah buku dengan tajuk yang sama tetapi penulis yang berbeza namun membincangkan isu yang sama, dalil yang sama, tetapi penjelasan yang berbeza, sudah tentu setiap penulisan mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing justru itu mempelbagaikan bahan bacaan juga dapat menyempurnakan kekurangan penulisan dari satu sisi yang lain.

Miliki buku ini dan terokailah sendiri, selamat membaca!


Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca


Aishah Nerina
Aishah Nerina

لا يشكر الله من لا يشكر الناس

Articles: 47