Ulasan Buku : Cinta Tiga Rasa

Naskhah yang bagus untuk santapan minda, khususnya untuk wanita, dalam menjalankan tanggungjawap sebagai isteri dan ibu pastinya terlalu banyak yang ingin dipelajari, dari setiap sudut kehidupan seharian, keperluan kepada ilmu pengetahuan bukan sahaja dari sudut masakan, menghias rumah dan menjaga suami dan anak-anak tetapi lebih daripada itu.

Penulis seolah-olah mengajak pembaca untuk sama-sama belajar, bagaimana mengatasi masalah-masalah semasa yang sering melanda kaum wanita terutamanya seorang isteri dan ibu. Menyelami isu-isu berkaitan wanita yang banyak tersebar luas di akhbar mahupun media sosial.

Seorang wanita harus belajar mengurus emosi, bagaimana menanggapi setiap ujian yang melanda rumahtangga, bagaimana mendidik buah hati seiring usia dan kefahaman mereka. Dan ini semua mencakup keseluruhan peranan ibu sebagai suri rumahtangga dan sekaligus guru pertama anak-anak.

Berintipatikan peranan dan tanggungjawap, pendidikan juga antara perkara yang dititikberatkan, kerana itu asuhan seorang ibu lebih teliti dan bersifat menyeluruh, dari segi kebutuhan dan kasih sayang.

Naskhah ini di bahagikan kepada tiga bahagian, pertama mencakup tanggungjawap seorang isteri kepada suami, bagaimana menyemai cinta dan menyiraminya dengan tatatertib yang benar agar berbuah manis walaupun ketika dilanda badai ujian rumahtangga.

Pada bahagian kedua, penulis menyentuh berkenaan anak-anak, mengasuh, memahami dan sekaligus mengajar mereka tentang kehidupan, alangkah indah apabila anak-anak hidup dalam kedamaian dan membesar dengan melihat dan mendapat kasih sayang dan perhatian sepenuhnya dari kedua orang tua.

Pada bahagian ketiga pula lebih kepada menelaah diri sendiri, memuhasabah diri, meningkatkan ketakwaan dan tahap berserah diri kepada Tuhan, atau dalam bahasa yang mudah meningkatkan tahapan diri dari semua sudut.

Rumahtangga yang bahagia bukanlah yang tidak pernah dilanda badai, tetapi bagaimana mengelola bahtera saat ombak membadai, kerana itu keserasian dan toleransi antara dua hati mampu menjadi benteng dan mengukuhkan lagi struktur “bahtera” yang dibina.

Manisnya menghayati kisah dan tulisan orang lain, menjadikan siapapun yang membaca terasa tercuit hati dan turut tersenyum bahagia.

Selamat membaca dan selamat menimba ilmu rumahtangga!


Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca


Aishah Nerina
Aishah Nerina

لا يشكر الله من لا يشكر الناس

Articles: 47