Ulasan Buku : Aisyah Ummul Mukminin

Buku yang cukup istimewa ini amat sesuai dijadikan sebagai peneman seorang muslimah apatah lagi hendak mengoreksi karakter peribadi maka naskhah ini adalah jawapannya.

Buku ini ditulis oleh seorang ulama’ kelahiran India iaitu Syaikh Sulaiman An- Nadwi. Ia dibawah terbitan PTS Milenia SDN. BHD, setebal 410 halaman dan telah diulang cetak Ke-11 kali pada tahun 2014 dan karya ini hasil daripada terjemahan buku asal ‘Aisyah The True Beauty’, terbitan PT Pena Pundi Aksara Indonesia. Bila berulang kali dicetak nampaknya buku ini mendapat sambutan yang banyak disisi pembaca.

Intipati Ulasan Buku.

Membaca kisah Aisyah radhiallahu’anha selalu dikaitkan dengan sifatnya yang manja dan cemburu terhadap isteri-isteri baginda shallahu’alaihi wassalam. Manakan tidak, diusia yang begitu dini mampu menguasai ilmu dan berfatwa bukan Cuma pencemburu tetapi dicemburi. Buktinya ramai para sahabat datang menemui Aisyah RA mengajukan pertanyaan. Sebuah karya yang memuatkan ratusan halaman ini, kita akan mengenal sejarah hidup ummul mukminin ketika kecil meniti dewasa, perkahwinan bersama Nabi Muhammad Shallahu ‘alaihi wassalam, hubungan ‘Aisyah RA bersama isteri-isteri baginda, peristiwa ketika mengikuti peperangan sehingga difitnah sampailah Rasulullah wafat.

Terakhir adalah berkenaan sumbangan serta jasa Aisyah dalam mendidik masyarakat islam dan kepada kaum wanita. Banyak interprestasi bakal dhuraikan bagi meluaskan horizon pemikiran pembaca. Pasti menarik dibaca tanpa jeda.

Penulis bukan sekadar mencatat pandangan sarwa atau biasa-biasa mengenai Aisyah RA. Bahkan beliau memasukkan kumpulan hadith bagi mengukuhkan tulisan mengenai Aisyah RA.

Terlalu ramai wanita muslimah menjadi orehan sosial yang meledak di medsos. Maka bagi mengembalikan semula legasi shahabiyyah kita memerlukan pelapis ummul mukminin, yang mulia akhlaknya, bijaksana akalnya dan tinggi pegangan ugamanya. Sementelahan wanita hari ini berada diambang keruntuhan moral dek kejahilan atau tiada kesedaran diri.

Intihanya, bacalah buku ini kerana buku ini akan menghidupkan jasad yang mati, memodifikasi identiti. Aisyah RA, sumber inspirasi wanita.

Karya ini boleh didapati dengan terus berhubung laman web rasmi PTS www.pts.com.my, atau kedai buku online PTS, www.bookcafe.com.my dengan harga RM 23.90 sm sahaja.

Selamat Membaca!


Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca


Syuhara Suriati
Syuhara Suriati

Penulis artikel, antologi dan anekdot.🌷Isteri suri membaca dan menulis 🌷

Articles: 67