Ulasan Buku : 32 Tip Muslimah Meraih Pahala di Dunia dan Akhirat

Tajuk Buku : 32 Tip Muslimah Meraih Pahala di Dunia dan Akhirat
Penulis    : Suriati Munal
Terbitan : Syihabudin Press
Cetakan  : Pertama (Dikemaskini pada januari 2021)

 Naskah yang penuh dengan nasihat buat para muslimah khususnya bagi mereka yang mencari tip dan motivasi dalam memperbaiki diri, inilah buku yang sesuai untuk anda cicipi, sebagai wanita yang banyak memikul tanggungjawap dan beban di hati jangan merasa tersisih sendiri, kita tidak di uji berkali-kali tanpa ibrah dan hikmah yang menanti di sebaliknya. 

 “Bukan beratnya ujian yang membuat kita lemah, tetapi ringannya hubungan kita dengan Allah yang menyebabkan kita seakan tidak dapat menanggungnya.” (Hal.102)

 Penulisan yang ringan dan mudah dihadam, bahasa yang penulis gunakan agak santai justeru itu naskah ini boleh di baca seusia remaja lebih-lebih lagi anak-anak muda sekarang yang perlu dibimbing dengan benar dan teliti, sebagai seorang ibu saya menyarankan naskah ini menjadi bacaan harian di rumah dalam mendidik anak-anak perempuan.

 Selain dapat mendidik dengan adab seorang muslimah  ianya juga dapat memberi kefahaman mengenai hukum-hakam  agama yang perlu dipelajari, kerana wanitalah yang perlu bertungkus lumus memahami setiap permasalahan diri mereka sendiri.

 Buku ini berharga rm30 sahaja, mengandungi 282 muka surat dan boleh di dapati di aplikasi shoppe santai ilmu publication atau berhubung sendiri dengan penulis menerusi akaun facebook beliau Syuhara Suriati. 

 Selamat Membaca dan Memuhasabah diri.


Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca


Aishah Nerina
Aishah Nerina

لا يشكر الله من لا يشكر الناس

Articles: 47