Ulasan Buku : The Art Of War

Ulasan Buku : The Art Of War

Sun Tzu merupakan seorang general yg berpangkat tinggi dan juga pakar strategi dlm ketenteraan dan peperangan. Bg sy, bahan bacaan ini “berat” dan mengambil masa lebih kurang 2-3hari utk hadam apa yg cuba disampaikan oleh Sun Tzu. Genre buku ini adalah bukan fiksyen bahagian Sains Kemanusiaan dan Philosophy. Buku ini terdiri daripada 13 bab dan setiap bab menumpukan strategi peperangan dan ketenteraan di zamannya-China purba pd 2 ribu tahun yg lalu.

Sun Tzu mengatakan seni perang sangat diperlukan dan penting bagi negara begitu juga perlu dielakkan jika boleh. Baginya, peperangan adalah penentu utk hidup dan mati serta jalan menuju keselamatan atau kehancuran. Oleh itu, seni perang ini telah diatur dgn lima faktor tetap yang harus dipertimbangkan dalam pertimbangan seseorang apabila ingin menentukan syarat-syarat dlm peperangan. 5 faktor tersebut adalah:

(1) Undang-undang Moral;  iaitu pemilihan orang yg benar² sesuai menurut/taat perintah tanpa menghiraukan kehidupan mereka serta tidak terganggu oleh bahaya yg mendatang.

(2) Syurga; merangkumi malam dan siang, waktu dan musim serta sejuk dan panas

(3) Bumi; menandakan jarak,kecil dan besar, keselamatan dan bahaya samada laluan yg dilalui oleh tentera adalah laluan sempit atau terbuka begitu juga kemungkinan hidup atau mati.

(4) Panglima; bermaksud kebajikan, keikhlasan, kebajikan, keberanian dan ketegasan.

(5) Kaedah dan disiplin harus difahami dlm pengumpulan tentara dalam subbagiannya yang tepat, pengedaran pangkat di antara para tentera, penyelenggaraan jalan-jalan yang membolehkan bekalan sampai ke angkatan darat, dan pengendalian perbelanjaan ketenteraan.

Lima faktor ini semestinya tidak asing bagi setiap jeneral- dia yang mengenalinya akan menang dan dia juga yang tahu mereka tidak akan gagal.  Oleh itu, dalam musyawarah, ketika ingin menentukan syarat-syarat ketenteraan, mereka jadikan dasar perbandingan, dengan cara ini: –

(1) Manakah antara dua raja yang berdaulat ini menjiwai Undang-undang Moral?

(2) Manakah antara dua jeneral yang mempunyai kemampuan yg dipercayai?

(3) Dengan siapa kelebihan yang diperoleh?

(4) Di pihak mana disiplin yang paling ketat dilakukan?

(5) Tentera mana yang lebih kuat?

(6) Di pihak manakah pegawai dan tentera lebih terlatih?

(7) Dalam pasukan mana ada ketekunan yang lebih besar dari segi ganjaran ataupun hukuman?

Pendapat Sun Tzu, dlm setiap peperangan pasti ada dasarkan penipuan. Sbg contoh apabila dapat menyerang, kita mesti kelihatan tidak mampu, semasa menggunakan kekuatan kita, kita mesti kelihatan tidak aktif;  ketika kita sudah dekat dgn musuh, kita mesti membuat musuh percaya bahawa kita berada jauh;  ketika jauh, kita mesti membuatnya percaya bahawa kita sudah dekat.  Pegang umpan untuk mengikat musuh serta berpura-pura terkena gangguan lalu menghancurkannya. Sekiranya pasukan itu selamat dari semua sudut, bersiaplah untuk menghadapi peperangan.  Sekiranya pasukan musuh berada dalam kekuatan yang unggul, elakkanlah dia.  Sekiranya lawan anda mudah marah, berusahalah untuk menjengkelkannya.  Berpura-pura lemah, sehingga dia menjadi sombong.  Sekiranya dia mengambil kesempatan, jangan beri dia rehat.  Sekiranya pasukannya bersatu, pisahkan mereka. Skrg jeneral yang memenangkan pertempuran membuat banyak perhitungan di rumah ibadatnya sebelum pertempuran dilancarkan.  Jeneral yang kalah dalam pertempuran membuat sedikit pengiraan terlebih dahulu.  Oleh itu, banyak pengiraan membawa kepada kemenangan, dan beberapa perhitungan untuk dikalahkan. Dengan memperhatikan hal ini, saya dapat meramalkan siapa yang mungkin menang atau kalah.

Sun Tzu berkata didalam seni perang praktikal, perkara terbaik adalah menjadikan negara musuh maju-menghancurkan dan memusnahkan negara tersebut adalah tindakan yg tidak begitu baik.  Jadi, lebih baik menangkap seluruh pasukan daripada menghancurkannya seperti menguasai seluruh perusahaan daripada menghancurkan mereka.  Oleh itu untuk berjuang dan menaklukkan dalam semua pertempuran bukanlah kebanggaan tertinggi bahkan bentuk kepemimpinan tertinggi adalah dengan membongkar rancangan musuh;  yang terbaik seterusnya adalah untuk mengelakkan persimpangan pasukan musuh yang seterusnya adalah menyerang tentera musuh.

Ada tiga cara di mana seorang penguasa dapat mendatangkan malapetaka kepada tenteranya: –

(1) Dengan memerintahkan tentera untuk maju atau mundur, kerana tidak mengetahui hakikat bahawa mereka tidak dapat mematuhi undang².

(2) Dengan berusaha memerintah tentera dengan cara yang sama seperti dia mentadbir sebuah kerajaan, kerana tidak mengetahui syarat-syarat yang berlaku dalam sebuah pasukan.  Ini menyebabkan kegelisahan dalam pemikiran tentera.

(3) Dengan memgerahkan para tenteranya tanpa diskriminasi, kerana mengabaikan prinsip ketenteraan terhadap keadaan.  Ini mendatangkan kegelisahan dan ketidakyakinan para tentera.

Kita mungkin tahu bahawa ada lima perkara penting dlm pengetahuan utk mndapat kemenangan dlm peperangan:

(1) siapa yg menang dan bila hendak bertarung dan siapa tidak akan bertarung.

(2) bagaimana menangani kedua-dua kekuatan yang dipercayai dan memgamalkan sikap rendah diri.

(3)  tahu yang pasukannya digerakkan oleh semangat yang sama di semua peringkatnya.

(4) siapa yang mempersiapkan dirinya utk mengambil musuh yang tidak bersedia lagi.

(5) siapa yang memiliki kemampuan ketenteraan dan tidak diganggu oleh pemerintah.

Akhir kata, Sun Tzu ada memberikan pepatah :

“Sekiranya anda mengenal musuh dan mengenali diri anda sendiri, anda tidak perlu takut akan hasil dari seratus pertempuran.  Sekiranya anda mengenali diri sendiri tetapi bukan musuh, kerana setiap kemenangan yang diperoleh anda juga akan mengalami kekalahan.  Sekiranya anda tidak mengenal musuh atau diri anda sendiri, anda akan tunduk dalam setiap pertempuran”


Dapatkan buku-buku yang terkini dan beinspirasi daripada Kafe Konfess Buku dengan melayari kafe.konfessbuku.com.

Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca