Ulasan Buku : Aku Mahu Membaca 1000 Tahun Lagi

Naskhah yang telah lama berada dalam senarai buku yang ingin dimiliki, akhirnya saya dapatkan dengan harga yang sangat murah rm8 sahaja, walaupun berstatus buku terpakai ianya tidaklah mencacatkan isi kandungan dan pengetahuan yang ingin diserap dari naskhah ini.

Nukilan pengalaman, pengembaraan sastera dan buku oleh penulis menjadi tarikan dalam naskhah ini selain dari resensi buku-buku langkah.

Pastinya para pencinta buku mempunyai kisah atau cerita mengenai ‘dunia buku’ masing-masing, begitu jugalah yang pembaca dapati dalam naskhah ini. Keghairahan, kesetiaan, dan keseronokan dalam dunia buku penulis membawa pembaca ke satu sisi berbeza, iaitu menghayati, mengamati, dan mengabadikan karya-karya yang mempunyai nilai tersendiri.

Keserasian penulis bersama buku sehinggakan beliau  berpendapat bawa, “dalam sesetengah perkara, buku menjadi sahabat yang lebih memahami berbanding manusia…” (halaman 10)

Sesuai dengan tajuk buku aku mahu membaca 1000 tahun lagi, memberikan gambaran yang tidak asing kepada pencinta buku, yang pastinya menemui ketenangan dan kenikmatan dalam setiap bacaan, melangkaui genre dan kebiasaan. Kerana membaca juga bermaksud meneroka, seperti perjalanan yang ada awalnya pasti ada akhirnya. Walaupun pengakhiran setiap kisah tidak sama, tetapi memiliki ibrah, dan pengajaran yang mematangkan manusia. Jika di amati dengan saksama.

Seperti menyeru, dengan kalimat bacalah dan bacalah dan jangan pernah lelah dan membiarkan buku-buku menanti untuk diamati isinya. Kerana tidak kurang ramai juga pencinta buku yang gemar membeli tetapi tidak gemar membaca (tsundoku) istilah yang pasti tidak asing dalam kalangan penggemar buku bukan? Satu ‘penyakit’ yang perlu diubati agar tidak berakar umbi kelak.

Sebenarnya tidak ada istilah, tidak ada masa untuk membaca, kerana masa itu boleh diwujudkan apabila benar-benar berkeinginan untuk membaca. Tanpa mengira situasi dan tempat, atau memegang sebuah buku fizikal atau eletronik. Di zaman serba moden ini, dengan kepantasan mengakses, sesiapapun boleh membaca di mana-mana sahaja.

Kerana membaca bukanlah sekadar suka-suka tetapi ianya satu keperluan dalam kehidupan, tanpa membaca dan mengenal abjad seseorang seperti kertas kosong yang bersih, tidak mengetahui dan memiliki apa-apa, umpama ada mata tetapi tidak dapat melihat.

Semoga naskhah ini membantu pembaca untuk lebih dekat dan mencintai buku, sekaligus menghargai nilai  sebuah buku sesuai pada tempatnya.


Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca


Aishah Nerina
Aishah Nerina

لا يشكر الله من لا يشكر الناس

Articles: 47