Ulasan Buku : Sekilas Ibrah Dari Sirah Nabi

Ulasan Buku : Sekilas Ibrah Dari Sirah Nabi

Buku ini membawakan peristiwa² yg berlaku pd saat kelahiran Rasulullah SAW dan sepanjang perjalanan dakwah baginda di Mekah. Para sejarawan dan Muhaddis merekodkan susah senang baginda dlm menghadapi tentangan kafir Quraisy.

“mencintai Baginda bkn bermaksud kita hanya membaca sirahnya bahkan kita perlu mengambil ibrahnya krn baginda diutuskan sbg contoh kpd kita semua.”

Peristiwa pasukan bergajah (tentera gajah) cukup terkenal dlm sejarah Islam. Kejadian ini berlaku pd awal Muharram tahun 571M. Peristiwa ini berlaku kerana ketamakkan Abrahah dlm merebut pengaruh dan kekuasaan. Abrahah merasakan Kaabah yg berada di Makkah perlu disaingi dgn membina rumah ibadah yg besar dan mewah dgn tujuan agar org² Arab pergi ke gereja tersebut. Niat dan rancangan Abrahah ini telah sampai ke telinga seorang lelaki lalu dia membuat keputusan utk menghancurkan gereja yg baru dibina itu dgn melumuri dinding² dgn kotoran.

Berita kejadian ini telah sampai ke pengetahuan Abrahah dan di telah mengumpul kekuatan tentera dgn fasiliti yg lengkap dgn beberapa ekor gajah. Tentera Abrahah merampas harta org Quraisy dan unta² milik Abdul Mutalib sehingga beliau dtg menemui Abrahah. Abrahah memberikan penghormatan kpd Abdul Mutalib kerana ketika itu beliau merupakan tokoh masyarakat Quraisy. Abdul secara baik memohon Abrahah mengembalikan unta-untanya yg telah ditawan tetapi tidak diendahkannya. Abdul Mutalib mengatakan bahawa itu urusan Abrahah dan Pemiliknya (penjaga Kaabah iaitu Allah) tiada kaitan dgn unta²nya yang ditawan tetapi Abrahah angkuh dengan mengatakan tidak ada kekuatan selain darinya dan mengarahkan bala tenteranya mara ke Kota Makkah. Malangnya gajah bernama Mahmud ingkar dgn misi Abrahah dan mereka mengarahkan pula tentera gajah ke laluan lain-bkn ke arah Kota Makkah ternyata gajah itu mahu bergerak. Akhirnya mereka memukul gajah tersebut dan dlm masa yg sama datanglah segorombolan burung ababil melintasi kawasan tentera tersebut dan burung² itu melontarkan batu-batu panas sehingga binasalah Abrahah serta bala tenteranya.

Bab seterusnya adalah kelahiran Rasulullah pd 12 Rabiulawal Tahun Gajah,pd hari Isnin. Diberi nama Muhammad oleh datuknya Abdul Mutalib. Hari Isnin merupakan hari istimewa dlm kehidupan baginda kerana pd hari itu baginda dilahirkan, diangkat menjadi Nabi bahkan pd hari Isnin juga baginda wafat. Persepsi masyarakat yg menyatakan puasa pd hari Isnin adalah sbg peringatan hari kelahiean Nabi SAW sama sekali tidak benar. Hal ini kerana baginda memerintahkan puasa sunat pd hari Isnin sbg ibadah dan bukan kerana hari kelahiran baginda. Diingatkan bahawa hari kelahiran nabi tiada kaitan dgn ibadah tertentu dan tidak disyariatkan ibadah tertentu.

Ulasan bab2 seterusnya terlalu panjang jika sy ulaskan sekali. Disini, sy sertakan isi kandungan dlm buku ini yg mungkin akan menarik minat pembaca ingin memilikinya.


Dapatkan buku-buku yang terkini dan beinspirasi daripada Kafe Konfess Buku dengan melayari kafe.konfessbuku.com.

Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca