Ulasan Buku : Bertuahnya Wanita Yang Bercinta

Ulasan Buku : Bertuahnya Wanita Yang Bercinta

Wanita adalah sosok istimewa yang begitu indah ciptaannya. Mereka memiliki keistimewaan tersendiri yang tidak dimiliki oleh kaum lelaki. Dengan itu nashkah ini menggarap kisah cinta khusus buat wanita. 

Sebagai insan biasa, manusia tidak dapat lari dari terjebak dengan cinta. Namun, perlu diketauhi cinta kepada siapa yang lebih diutamakan? Bertuahnya wanita yang bercinta, seandainya mereka hanya mempersembahkan cinta mereka kepada Tuhan yang Satu!

Setiap orang berhak mendefinisikan cinta mengikut persepsi yang berbeza. Didalam nashkah ini,  penulis memaparkan sisi-sisi cinta seorang wanita dalam 5 aspek.

Setiap aspek di jelaskan dengan terperinci agar pembaca dapat memahami konteks dan konsep cinta yang sebenar. Selain memberikan garis panduan,  penulis juga menyelitkan beberapa tips penting untuk para pembaca agar beroleh cinta hakiki yang diredhai Illahi.

Selain itu, penulis juga turut berkongsi kisah para wanita terdahulu yang dapat dijadikan pedoman dan diambil ikhtibar daripada riwayat perjalanan hidup mereka yang pastinya dapat membuka minda dan mencelikkan mata para wanita yang terbuai layu oleh cinta manusia semata.

Untuk pengisian yang lebih terperinci dapatkan nashkah ini dengan harga RM18 sahaja di kedai buku berhampiran anda sekarang. Selamat membaca!


Dapatkan buku-buku yang terkini dan beinspirasi daripada Kafe Konfess Buku dengan melayari kafe.konfessbuku.com.

Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca