Ulasan Buku : Aku Nabi Isa – Refleksi Wad Sakit Jiwa

Ulasan Buku : Aku Nabi Isa – Refleksi Wad Sakit Jiwa

Kita semua gila,
Macam orang gila,
Ataupun betul-betul gila.
Jika kewarasan kita melupakan kita pd Pencipta,
Jika panjangnya akal kita memendekkan pengharapan kita pd syurga,
Jika kuatnya semangat kita melemahkan iman dlm dada.
Jgn kau hinakan org gila,
Kerana sekurangnya mereka jujur dgn kegilaannya,
Sedangkan kewarasanmu belum tentu kejujurannya.

“Aku Nabi Isa” tajuk buku ini diambil oleh penulis ketika merawat seorang lelaki warga emas yg menghidap penyakit skizofrenia iaitu salah satu drpd penyakit mental yg mengalami halusinasi/delusi. Lelaki tua ini sedang berdelusi dgn mengatakan bahawa dirinya adalah Nabi Isa (Jesus) yg tidak mahu makan ataupun minum walaupun telah didesak oleh jururawat yg merawatnya dirumah orang² tua. Selepas seminggu dirawat di hospital dengan teraturnya kembali pengambilan ubat anti-psikosis, lelaki ini kembali kepada keadaannya sebelum ini iaitu kembali makan dan minum seperti sediakala biarpun bukan semua pesakit skizofrenia kembali sembuh 100 peratus,

“sebab apa orang gila ?” pesakit yang pada zahir selalunya kelihatan sihat. Sekali imbas, tiada beza dengan pesakit-pesakit lain di luar sana. Cuma bezanya, ada sesuatu yang kurang pada diri mereka, kekurangan yang besar dan bukan sedikit. Kekurangan yang tidak terkesan daripada darah, tidak terimbas oleh mana-mana alat pengimbas, dan tidak mampu dibuang oleh mana-mana alat bedah. I wish I’m dead”, “I feel hopeless”, “Nothing you can do to help me”, “I’m not crazy, they say I’m crazy”. Kalimah-kalimah ini adalah ungkapan jujur dari jiwa mereka yang tenat. Tak ada siapa yang mengerti, walaupun penulis sendiri, walaupun sesiapa. Kerana penulis ataupun sesiapa pun tidak memiliki jiwa yang tenat ini.

Hadith direkodkan drpd Imam Al-Bukhary dan Muslim “sesiapa yg membunuh dirinya dgn sesuatu benda didunia, dia akan diazabkan dgn benda itu pd hari kiamat.”

Penulis tidak pernah salahkan pesakit apabila mereka meluahkan hasrat mereka mahu membunuh diri. Tetapi, penulis cuba memahami mengapa ungkapan itu keluar dari mulut mereka. Penulis percaya, apabila mereka mengatakan hasrat membunuh diri, ada sesuatu yang jiwa mereka menjerit cuba sampaikan pada kita. Sama ada kita memahaminya ataupun tidak, itu adalah rahsia jiwa yang perlu dibongkarkan. Tindakan kita, cuba dengar masalah mereka biarpun kita tak mampu menyelesaikan masalah itu. Mendengar sahaja sebenarnya sudah membantu mengurangkan beban. Sekurang-kurangnya mereka tak lagi perlu memendam masalah mereka sendirian. Beri mereka ruang meluahkan, menangis, ataupun diam. Bersimpati dengan masalah mereka dgn mengenal pasti apa masalah mereka serta cuba memahaminya dalam konteks kehidupan mereka dan jangan membandingkan ataupun meremehkan masalah mereka. Ajak mereka melihat perkara positif juga dan apa yg paling penting mulakan bertindak mencari penyelesaian dgn mengenal pasti sumber yg dpt membantu masalah mereka.

Kemurungan berlaku apabila seseorang berterusan berada dalam keadaan kesedihan yang serius sehingga mengganggu individu itu daripada berfungsi. Kesedihan ini biasanya berterusan setiap hari sekurang-kurangnya dua minggu. Kesedihan pula adalah lumrah kehidupan, reaksi normal manusia apabila berhadapan dengan ujian ataupun kesusahan dalam hidup. Dalam kamus psikologi, kesedihan sebenarnya adalah reaksi positif dan bukannya negatif. Ini kerana, ia menunjukkan kita mampu mengawal dan menentukan emosi yang bersesuaian dengan situasi. Ini memberi peluang kepada kita merefleksi dan memuhasabah kehidupan dalam keadaan normal.


Dapatkan buku-buku yang terkini dan beinspirasi daripada Kafe Konfess Buku dengan melayari kafe.konfessbuku.com.

Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca