Selamat Datang Ke Laman Web Konfess Buku
Ulasan Buku : Skrub Biru (Kronikel Seorang Doktor Bius)

Ulasan Buku : Skrub Biru (Kronikel Seorang Doktor Bius)

Mulai berminat menjadi seorang pembaca tegar terhadap buku-buku medik yang ditulis sendiri oleh mereka yang ahli dalam bidang ilmu perubatan. Antara pilihan bacaan buku medik terlaris sepanjang 2019 ini adalah Skrub Biru (kronikel Seorang Doktor Bius), ditulis oleh Dr. Hana Hadzrami.

Mengenai Buku:

•Mengandungi 4 Bab Utama: Unit Rawatan Rapi, Dewan Bedah, Isu Wanita, Rencam dan semasa. Setiap bab memiliki pecahan berantai.
•212 Muka Surat.
•Cetakan Pertama April 2019
•Penerbit: Kata-Pilar

Disebalik lakaran doktor bius sedang merawat pesakit dalam satu dewan bedah bersama beberapa pegawai perubatan tentunya ramai tertanya-tanya cerita penuh, sinopsis dan review ringkas tentang naskhah berharga ini. Bagi mereka yang pernah berada didalam Dewan Bedah dan dibedah, atau ICU (intensive care unit) saya sarankan buku ini perlu menjadi kamus atau buku rujukan yang wajib ada didinding disetiap halaman rumah.

Tidak ramai masyarakat begitu prihatin menitiberatkan soal kesihatan tubuh badan namun kekal sihat dengan rawatan herba atau petua semula jadi, pada waktu yang sama hospital tidak sunyi dihuni oleh pesakit luar. Begitu pula doktor pakar bedah dan bius terpaksa meninggalkan tilam yang empuk, disebabkan deringan telefon, ‘on call’ ke hospital kerana kecemasan yang mendadak!

Sebagai pembaca yang telah mengakhiri Skrub Biru, 4 alasan mengapa naskhah medik ini perlu dimiliki dengan segera,

1- Nota Medik dan Kotak Jargon yang menarik. Banyak bahasa perubatan diguna pakai pada sesetengah halaman buku. Bagi memudahkan pembaca faham maka disertakan sekali maksud dan penerangan ringkas tersebut. Contohnya, Hypoglycaemia (rendah dalam gula), Hyrodroquinone (sejenis kompaun kimia yang banyak terdapat dalam produk pemutih), Hypoxic (keadaan kurang bekalan oksigen dalam darah), Appendictomy (pembedahan membuang apendiks).

2- Kisah Doktor Bius. Setiap halaman Dr. Hana telah berkongsi pengalaman semasa mengendalikan kes-kes kritikal tertentu baik di Unit Rawatan Rapi mahupun Wad pesakit. Bertugas sebagai Doktor Bius bukanlah satu pekerjaan yang mudah. Walaupun pembedahan otak bukan perkara besar dikalangan mereka tetapi tetap memerlukan skil yang cekap, jika tersilap, nyawa pesakit boleh melayang. Itulah yang ditakuti oleh doktor bius.

3- Dialog doktor dan pesakit berupa warna dan ragam serta penyakit yang dihidap pesakit disebabkan seperti pengaruh iklan, medsos yang menjanjikan kesihatan maksimum kini terlantar di ICU dan berakhir dengan kematian yang mengerikan. Sungguh terasa insaf, bacalah buku ini.

4- Masih ada produk makanan, minuman, kecantikan oleh sebahagian usahawan telah diharamkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia tetapi masih aktif menawarkan ribuan harga lumayan sebagai insiatif penyembuhan berupa kanser hakikatnya penyakit berganda menjemput kematian. Bersiap sedialah. Naskhah ini membongkar kegiatan mereka dan menyedarkan masyarakat agar tidak mudah tertipu dengan testimoni palsu.

Mungkin tidak ramai yang berminat membaca buku-buku medik, cerita tentang bagaimana seorang doktor mengawal penggunaan bius kepada pesakit kecuali budak ulat buku atau individu yang mempunyai sejarah silam dirawat di dewan bedah, dibius separuh sedar yang gemar membaca karya istimewa ini. Sebagai manusia yang mementingkan kesihatan, maka bukan satu kerugian mengisi masa lapang membaca info dan panduan berguna oleh doktor bius melainkan satu kewajipan untuk menyelamatkan nyawa dan ilmu tambahan semasa.

Skrub Biru (kronikel seorang doktor bius), penulis Dr. Hana Hadzrami, Rm 26 boleh didapati dengan terus menghubungi facebook Katar-Pilar Books.

Selamat membaca!


Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca