Ulasan Buku : Kau Vaksin Anak Kau? Habislah!

Ulasan Buku : Kau Vaksin Anak Kau? Habislah!

Selapas membaca ‘Kau Vaksin Anak Kau ? Habislah!’ (PUTEH PRESS 2019) barulah saya tahu penemuan teori Vaksinasi pertama kali datang dari seorang ilmuan islam, Muhammad Ibnu Zakaria Al-Razi. Kemudian dikembangkan oleh seorang bangsawan Inggeris Lady Mary Wortley Montague. Ada sebahagian antivaksin pula mengatakan bahawa vaksin berasal dari golongan yahudi yang cuba menjatuhkan orang-orang islam. Ada juga berpendapat vaksin berasal dari bahan merkuri, dan sebagainya. Tetapi sebenarnya tidak. Mungkin kerana salah faham dari antivaks menyebabkan mereka menolak vaksin atau memiliki pendapat tersendiri.

Hasil dari bacaan dapat disimpulkan bahawa :

Vaksin tidak mengandungi logam merkuri. Merkuri yang terdapat dalam vaksin berbentuk sebatian garam merkuri.

Vaksin juga mengandungi bahan aluminium yang bertindak sebagai adjuvant iaitu bahan tambahan untuk menjadikan vaksin lebih berkesan dan telah digunakan sejak 1920an.

Kandungannya juga berbeza tidak seperti logam aluminium yang merbahaya. Jadi vaksin ini selamat.

Vaksin Rubella mengandungi sel janin. Manakala Vaksin Polio didapati ada kandungan sel ginjal monyet. Dua vaksin tersebut menjadi bualan ramai khususnya golongan ibu bapa. Untuk lebih adil, rasanya lebih baik jika membaca sendiri penjelasan kedua vaksin ini.

Di Malaysia, kita sangat beruntung. Anak yang lahir saja sudah menerima vaksin percuma. Bermula kelahiran anak pertama anak sudah diberikan vaksin untuk membina antibodi melalui imunisasi. Kalau di Jepun mereka mula menghentikan serta merta beberapa pengambilan vaksin seperti MMR dan HPV disebabkan terpengaruh terhadap golongan antivaks. Individu yang bertanggungjawap ke atas penolakan vaksin ini ialah Dr Andrew Wakefield pada tahun 1988. Menurutnya Vaksin MMR menyebabkan autism dikalangan kanak-kanak. Namun kajiannya nyata palsu. Adakah kita tahu Vaksin MMR sangat penting bagi mengelak demam campak, beguk dan rubella berlaku. Jadi jangan biarkan bayi tanpa perlindungan di usia 9 dan 12 bulan dari tidak mendapatkan vaksin MMR dan lain-lain. Susu ibu walaupun bertindak sebagai daya ketahanan antibodi bayi tetapi susu ibu tidak menjana imuniti bayi. Tidak seperti vaksin.

Sekarang, kita cukup beruntung walaupun Negara ini dipenuhi sarang antivaks, tapi masyarakat masih terus didedahkan tentang kebaikan vaksin. Ibu Bapa wajib mengambil tahu isu berkait Vaksin sebagai tanda prihatin terhadap kesihatan anak-anak.

Perbahasan vaksin juga turut dikaji secara ilmiah oleh pihak berautoriti. Pendapat Mufti Wilayah Persekutuan Dato’ Seri Dr. Hj Zulkifli bin Mohamad al-Bakri menyatakan bahawa vaksin hukumnya harus mengikut konsep istihalah dan kaedah fiqiyyah (menolak mudharat lebih diutamakan berbanding mencari maslahat).

Adanya pendedahan kebaikan vaksin melalui kombinasi tulisan para penulis, mereka juga berharap supaya masyarakat membaca naskhah tersebut agar kekalutan dapat ditangani dari unsur was-was. Ini kerana, antivaks telah menaikkan jumlah statistik kanak-kanak di Malaysia yang tidak mengambil vaksin bertujuan menakut-nakutkan kedua ibu bapa.

Penemuan Vaksin Smallpox oleh saintis barat Edward Jenner pada tahun 1796 telah berjaya menghapuskan penyakit smallpox. Wabak terakhir di Somalia ketika tahun 1977 dan diisytihar pupus pada tahun 1980. Jadi kita juga mahukan wabak penyakit berjangkit pupus disebabkan pengambilan vaksin di Malaysia.

Kita mungkin boleh hadiahkan pada rakan-rakan antivaks atau alat pencerna minda buat individu sendiri. Saya juga menggesa orang ramai supaya tidak membiarkan anak dari tidak divaksin kerana vaksin selain melindungi badan dari dijangkiti, vaksin juga menghalang penyebaran penyakit. Pihak penulis terdiri daripada Dr. Amirul Amzar, Dr.Suhazeli Abdullah, Mohd Dziehan, dan Tayang Hamzah (ilustrasi). Memuatkan 18 Mitos Vaksin, cuma 96 muka surat termasuk kulit. Boleh dapatkan di mybookcafe pada harga Rm 10 SM Rm 12 SS.

Selamat membaca !


Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca