Ulasan Buku : Tafsir Ayat-Ayat Wanita

Buku terbitan Pt Aqwam Media Profetika ini mengandungi 159 muka surat dan ditulis oleh saudara Imtihan Asy-Syafi’i. Buku ini menerangkan serba sedikit hukum-hukum tentang para wanita yang terkandung di dalam Al-Quranul Karim untuk menjadi pedoman juga motivasi bagi yang ingin mengambil pelajaran darinya.

Di sini saya kongsikan sedikit isi kandungan yang dimuatkan di dalam buku ini :

  • Pernikahan tanpa cinta
  • Wanita keji untuk lelaki yang keji
  • Saksi wanita penzina dan hukum menikahinya
  • Jawapan perempuan untuk sepucuk surat lelaki
  • Kesaksian wanita
  • Syurga bagi wanita beriman
  • Kehidupan wanita beriman
  • Aurat dan perhiasan wanita
  • Azab dunia bagi homoseks
  • Berlindung dari perempuan penyihir

Lelaki dan perempuan mempunyai kedudukan yang sama dalam hal beribadah kepada Allah Azza Wajallah. Hanya saja perempuan mendapatkan beberape ketentuan yang khusus sesuai keadaan fizikal dan tabiatnya.

Perbezaan ini menunjukkan Keagungan kuasa Allah Ta’ala, kesempurnaan Ilmu-Nya dan keluasan Rahmat-Nya. Allah yang menciptakan lelaki dan perempuan dengan perbezaan yang ada dengan keduanya, dan Dia adalah Zat yang lebih tahu tabiat dan perwatakan hamba-hambaNya sehingga Dia menetapkan beberapa hukum khusus untuk masing-masing mereka.

Allah Ta’ala menetapkan berbagai hukum yang khusus untuk perempuan dengan tujuan menutup pintu kerosakan,menjaga dari bahaya,dan memuliakan mereka. Apakah kalian tidak terfikir?

Seandainya setiap wanita muslimah kembali kepada Al-Quran,mentadabburi ayat-ayatnya,dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakannya,segala urusannya, urusan keluarganya, dan urusan masyarakat pasti akan menjadi baik sebagaimana generasi pertama. Oleh kerana itu marilah kita memohon agar dikurniakan petunjuk dan jalan yang lurus agar tetap teguh dijalan yang diredhai Tuhan Semesta Alam sampai kita bertemuNya kelak di syurgaNya.

Buku ini disajikan dengan gaya santai,tulisan ayat yang tersusun indah mudah di fahami, sebuah pendekatan unik dalam penyajian tafsir, tanpa harus memiliki disiplin ilmu khusus untuk mencernanya. Karya asal bertajuk Ahkamul mar’ah fil Qur’an karya Dr.Sayid Al-Jumaili

Buku ini boleh didapati di kedai buku atau dengan cara yang mudah di applikasi shoppe nurani ilmu dengan harga RM14 senaskah.

 


Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca


Aishah Nerina
Aishah Nerina

لا يشكر الله من لا يشكر الناس

Articles: 47