Ulasan Buku : Ciri-ciri Isteri Solehah

Ulasan Buku : Ciri-ciri Isteri Solehah

Mengenai Buku :

Sebagaimana yang tertulis pada tajuknya buku ini menerangkan secara ringkas tentang ciri-ciri isteri solehah sebagaimana yang sepatutnya. Penulis Syaikh ‘Abd Al-Razzaq Al-Badr meyertakan dalil-dalil daripada Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai bukti yang kukuh lagi utuh untuk menerangkan ciri-ciri isteri solehah.

Buku yang memuatkan 84 muka surat (tidak termasuk kulit) ini diterbit dan diterjemahkan oleh Karya Pis Sdn.Bhd, cetakan pertama pada Februari 2019.

“ Wanita zaman dahulu tidak mungkin sampai kepadanya seruan-seruan yang merosakkan, hawa nafsu yang berniat jahat serta aliran pemikiran yang menyimpang melainkan hanya melalui beberapa saluran yang terhad, sama ada melalui teman yang buruk atau semisalnya.

Berbeza dengan hari ini, segala bentuk pencemaran dan keburukan dari serata pelusuk dunia berjaya sampai kepada wanita.

Wanita itu hanya duduk di dalam biliknya di hadapan kaca televisyen, jaringan internet ataupun rangkaian majalah tidak berakhlak, lalu segala bentuk keburukan dan kerosakan meresap masuk ke dalam akal, buah fikiran serta hati nuraninya.

Justeru, untuk menjadi seorang wanita yang solehah, bermaruah, beragama serta taat kepada Allah S.W.T,  dia perlu perlu menahan dirinya daripada segala laluan keburukan, jalan kejahatan serta pintu kerosakan.”

Kaedah besar dalam bab yang ditegaskan dalam buku ini menjadi teras kepada tajuk dan asas untuk mendapatkan kesolehan iaitu :

  1. Tawfiq, hidayah (petunjuk)
  2. Usaha, penat lelah dan jerit payah untuk mencapai target kesolehan
  3. Takwa (takut) kepada Allah S.W.T. Sesunnguhnya takwa adalah asas segala keutamaan, sumber kebaikan dan tonggak kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Allah S.W.T Berfirman :

فَالصّٰلِحٰتُ قٰنِتٰتٌ حٰفِظٰتٌ لِّلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللهُ

“Maka perempuan-perempuan solehah itu adalah mereka yang taat kepada Allah serta menjaga diri ketika ketiadaan suaminya, kerana Allah telah menjaga mereka”

( Surah An-Nisa’ : 34/4)

Ayat ini mengandungi banyak pengajaran serta merangkumi  segala sifat mulia seorang wanita solehah.

Ulasan :

Buku ini bukanlah khusus ditujukan kepada anak dara yang hendak menikah dan ingin mengetauhi ciri-ciri isteri solehah untuk menghiasi dirinya dengan sifat-sifat tersebut, sekaligus mempersiapkan diri untuk merealisasikan serta menyempurnakan.

Buku ini juga bukan dikhususkan untuk wanita yang telah menikah dan berhasrat mempunyai ciri-ciri isteri solehah agar dapat memelihara serta merealisasikan sifat-sifat tersebut dalam kehidupannya.

Dan buku ini juga bukan dikhususkan untuk wanita yang kurang ambil peduli untuk merawat kekurangan diri serta mengingatkan dirinya akan segenap sisi kekurangan tadi, seterusnya memperbetulkannya dan rumah tangganya yang berharga.

Akan tetapi, ia adalah perutusan dan peringatan yang lebih umum daripada kesemua itu. Buku ini adalah sebuah peringatan bagi seorang ayah dan ibu yang menginginkan anak-anak perempuan mereka,  serta orang yang berada di bawah tanggungan mereka agar membesar dengan baik, hidup dengan kemuliaan dan memasuki alam rumah tangga yang menepati kehendak Allah dan Rasul-Nya. Sekaligus pemberi panduan kepada mereka. Hal ini kerana kebanyakan anak-anak membesar dengan akhlak dan sikap yang mereka pelajari daripada kedua orang tua mereka.

Tujuan sifat-sifat tercela bagi wanita disebutkan adalah supaya mereka berwaspada dengannya. Wanita perlu mengetauhi sifat-sifat tersebut agar dapat menjauhinya. Sebagaimana disebutkan dalam sebuah syair :

Aku mengetauhi keburukan bukan untuk melakukannya,

Akan tetapi untuk menjauhinya,

Sesiapa yang tidak mengetauhi keburukan,

Maka dia akan terjerumus ke dalam keburukan itu.

Selayaknya wanita yang sayangkan dirinya perlu memberi perhatian serta mengamalkan sifat-sifat terpuji demi menjaga izzah dan maruah diri terselamat dari segala noda keburukan yang jauhkannya dari Rahmat Tuhan-Nya.


Dapatkan buku-buku yang terkini dan beinspirasi daripada Kafe Konfess Buku dengan melayari kafe.konfessbuku.com.

Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca