Ulasan Buku : Buya Hamka Berbicara Tentang Perempuan

Ulasan Buku : Buya Hamka Berbicara Tentang Perempuan

“Jika perempuannya baik, baiklah negara, dan jika mereka bobrok, bobrok pulalah negara. Mereka adalah tiang dan biasanya tiang rumah tidak begitu kelihatan. Namun jika rumah sudah condong, periksa lah tiangnya. Tandanya tianglah yang lapuk”.

(Sedikit petikan yang dipetik dalam buku karangan beliau ini).

Seperti biasa karya Buya Hamka tidak pernah mengecewakan. Walaupun buku ini tampak luarannya nipis, tetapi dalam begitu padat dengan kata dan isi. Sudah sedia maklum bagi sesiapa yang pernah membaca karya beliau, bicaranya ringkas tapi penuh isi dan makna.

Indah dan lembut susun katanya dalam menghuraikan setiap buah fikiran dan hujahnya.

Pada asalnya kandungan di dalam buku ini adalah koleksi artikel yang dikarang oleh Buya Hamka di dalam sebuah majalah terbitan Indonesia pada ketika itu akan tetapi atas banyaknya permintaan untuk membukukan buku ini, maka pihak penerbitan Panji Mas telah mengambil inisiatif untuk membukukan hasil tulisan beliau ini.

Sebuah buku yang membicarakan tentang perempuan, martabat wanita dalam Islam dan hak-hak wanita. Betapa mulianya kaum wanita dalam Islam malah turut dipersebutkan kemuliaan kisah beberapa sosok wanita solehah di dalam al-Quran.

Sungguh indahnya Islam dalam memuliakan seorang wanita itu. Semuanya ada dibicarakan oleh Hamka dalam karangan beliau malah turut disertakan dengan dalil-dalil al-Quran dan hadith.

Akhir sekali, apa yang ingin diperkatakan adalah buku ini amat dan amat menarik sekali untuk dibaca. Nampak tak ayat taukid tu!

Buku ini bukanlah sekadar untuk si Hawa membacanya malah untuk si Adam juga agar dengan asbab membaca buku ini, para wanita akan lebih dihargai dan buat si wanita juga moga buku ini menjadi asbab buat dirimu menjadi kuat dan tidak mudah goyah di saat musibah menimpa.

#ulasanbukusinisrin #bookreviews #buyahamkaberbicaratentangperempuan


Dapatkan buku-buku yang terkini dan beinspirasi daripada Kafe Konfess Buku dengan melayari kafe.konfessbuku.com.

Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca