Selamat Datang Ke Laman Web Konfess Buku
Ulasan Buku : Bangkitlah Selepas Bercerai

Ulasan Buku : Bangkitlah Selepas Bercerai

Sebuah buku yang bertajuk “Bangkitlah Selepas Bercerai” merupakan karya Ustaz Emran Ahmad yang berasal dari Kedah. Beliau berkelulusan ijazah sarjana muda universiti Al-Yamaniah, Yaman, sijil Matrikulasi undang-undang UIAM, Konsultan Latihan & Pembangunan Modal Insan, pendakwa bebas dan penasihat agama kepada beberapa syarikat swasta.

Buku yang sangat bagus untuk tatapan masyarakat umum baik yang sudah berkahwin maupun yang belum berumahtangga. Jika dilihat dipasaran terlalu banyak buku-buku yang dijual hanya berunsurkan “ciri-ciri mendapat kebahagian atau yang sama waktu dengannya” yang mana fokus dalam buku-buku sebegini hanyalah inginkan kebahagiaan semata seolah-olah alam rumahtangga hanya bermodalkan “bahagia” amat jarang bahkan sulit untuk ditemukan buku-buku yang berjudul seperti buku ini. Buku yang menerangkan tentang penceraian ataupun liku-liku dalam mahligai rumahtangga yang menjurus kedua pihak mengambil keputusan untuk “berpisah” sering kali masyarakat tidak prihatin tentang masalah ini bahkan bersikap sambil lewa dan cukup sekadar menyatakan “kami tidak sefahaman” dalam mengakhiri sebuah perkahwinan.

Statik penceraian di negara kita saban tahun bertambah bahkan tidak berkurang disebalik perceraian banyak masalah-masalah seputarnya yang sering kali terjadi seperti hak-hak penjagaan, nafkah dan tanggungjawab kepada anak-anak selepas berpisah. Buku ini membahas masalah ini secara ringkas dan mudah difahami pembaca.

Buku ini bukan sahaja menerangkan tentang isu penceraian tetapi lebih daripada itu. Penulis juga menerangkan tentang bagaimana mentarbiah dan memuhasabah diri agar setiap daripada kita mengambil ikhtibar dan merenungi diri sendiri sebelum menyalahi taqdir dan orang-orang sekeliling. Kerana akar permasalahan itu adalah berpunca daripada diri sendiri maka seharusnya bermula daripada akar agar permasalahan dapat diselesaikan dengan tuntas.

Bagi mereka yang sudah terlanjur berpisah buku ini sedikit sebanyak memberi nasihat dalam melayari hari-hari mendatang dengan tenang bak kata penulis,

” Ingatlah wahai pemilik hati yang terluka pada setiap kepayahan itu tersirat kebahagiaan disebalik perpisahan”

Setiap perpisahan itu memberi impak kepada kehidupan setiap individu, suami isteri bahkan anak-anak dan masa depan mereka.

Bagaimana mengolah diri agar selalu berfikiran positif dalam mengharungi hari-hari mendatang? Jawapannya ada di halaman 91-132. Untuk pengetahuan buku ini memuatkan 10 bab dan membahas setiap bab dengan ringkas. Ringkas tetapi penuh nasihat dan hikmah disebalik ayat-ayat tersusun indah oleh sang penulis.

Sebagai seorang wanita, isteri dan ibu saya menyarankan anda memiliki buku ini kerana wanitalah yang selalu bertindak mengikut perasan dan emosi, sehinggakan kadang kala hal yang kecil berubah menjadi masalah yang besar sehingga menjurus ke arah “penceraian” amatlah rugi jika hanya kerana emosi dan rasa ego setiap pasangan rela mengakhiri perkahwinan yang telah dibina.

Bab yang paling saya suka adalah tentang perkahwinan bukan jaminan kelangsungan cinta pada halaman 52. Sedikit nukilan daripada halaman ini berbunyi ” kemana hilangnya perasaan cinta itu? Siapa dan apa yang telah membawanya pergi?

Tidak dinafikan sebagai manusia biasa sering kali kita melakukan kesilapan tetapi adakah dengan kesilapan itu kita mampu memperbaiki diri? Setiap pasangan yang melayari bahtera perkahwinan sudah semestinya inginkan bahagia, namun jangan dilupa ujian-ujian hidup akan selalu menerpa maka dengan itu jalan yang terbaik adalah kembali kepada aturan ILAHI agar memperolehi kebahagiaan yang hakiki.

Buku ini diterbit dan diedarkan oleh Group Buku Karangkraf Sdn.Bhd, di cetak oleh Dasar Cetak (M) Sdn.Bhd dan bole di dapati di page facebook Pustaka ilmu sunnah atau kedai-kedai buku Popular yang berhampiran.

 


Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca