Ulasan Buku : Bicara Iman Untuk Tenang

Setiap iman yang ada di dalam hati kita pasti diuji kerana syurga itu hanya layak kepada sesiapa yang berjaya dalam menghadapi cabaran dunia dimana iman bukan hanya disebut dengan mulut sahaja. Dalam buku ini, si penulis menekankan kita dengan hakikat maksud iman itu sendiri, dimana kebanyakan masyarakat sudah salah ertikan hakikat iman itu  sehingga membawa Islam yang tidak benar dan tidak lengkap.

Bukan itu sahaja, ramai yang tidak sedar dan tidak ambil perhatian tentang objektif kehidupan di dunia dan di akhirat dimana kita mesti hidup hanya mengharapkan redha Allah semata-mata. Iman dibina berdasarkan kepercayaan dan keyakinan. Keyakinan dan kepercayaan membawa maksud yang berbeza dan sangat dititikberatkan oleh penulis untuk memahami dua istilah ini.

Saya sangat suka nasihat daripada buku ini dimana buku ini menerangkan apa hikmah bilaman kita diuji dan membuat saya rasa kembali semangat dan mendapat kekuatan untuk menghadapi ujian dan mehnah tribulasi. Buku ini menerangkan apa yang perlu kita buat apabila kita duji dengan pelbagai musibah. Penulisan ini memberitahu kita bahawa ujian ini sebenarnya hadiah dari Sang Pencipta untuk menyatakan rindu pada kita. Malah, ia hadir untuk menebus kembali dosa-dosa kita.

Bukan itu sahaja, nafsu dan nafsi yang kita harungi sekarang mesti dilawan unutk menyuburkan iman di dalam hati kita. Boleh jadi dosa maksiat dan perkara mungkar yang kita buat menarik kebahagiaan dalam hidup kita. Indah sungguh kandungan buku ini lagi bila diceritakan kita adalah insan teristimewa dan terpilih untuk mendapat ujian. Penulis juga berpesan kita jangan menjadi hamba pada dunia sebaliknya jadilah hamba kepada yang mencipta kita. Segala kemudahan didunia seharusnya kita guna untuk mendapatkan akhirat. Perkara ini dapat dicapai apabila tercetus cahaya-cahaya iman yang masih bersinar di dalam hati kita kerana kita masih percaya pada habuan yang kita dapat pada akhirat kelak.

Bukan itu sahaja, kita mesti percaya pada takdir yang Allah tentukan kerana Dia Maha Tahu dan kita seharusnya belajar untuk bersyukur setiap takdir yang berlaku keatas kita. Banyak lagi fakta dan ilmu yang disampaikan daripada buku ini untuk mendidik kita kenal Islam Addin yang sebenarnya dengan adab dan nawaitu ibadah yang betul untuk kita praktiskan. Hakikatnya buku ini menggunakan ayat-ayat menyentuh hati dan kadangkala menyentap kebatuan hati kita manakala penggunaan nas-nas Al-quran dan juga hadis sangat tepat pada poin yang ingin disampaikan.

Setiap amalan dalam Islam sewajarnya diperbetulkan niat agar iman dalam hati kita terus menyinar dan terus memberi kebaikan kepada manusia lain juga. Bukan menjadi abid semata-mata tetapi menjadi seorang yang alim dengan penuh ilmu di dada. Lagi terang bersuluh, kita bahagia kerana ada iman di dalam hati kita asbab ketenangan hakiki.

Diulas oleh Muhammad Amirul Bin Abdul Razak


Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca


Muhammad Amirul Abdul Razak
Muhammad Amirul Abdul Razak
Articles: 1