Ulasan Buku : The Deal of A Lifetime

Fredrik Backman merupakan salah seorang pengarang buku yang terkenal, selepas beliau mengarang sebuah novel yang bertajuk ‘A Man Called Ove’ yang diiktiraf di seluruh dunia, dan dijual lebih daripada 2.8 juta salinan. Buku ini merupakan buku ketiganya yang diterbitkan pada tahun 2017, selepas ‘The Scandal’, dan ‘Us Against You’.

Jadi, buku ini mempunyai empat watak utama: Si ayah/penulis, anaknya, si gadis kecil, dan seorang wanita. Tetapi saya tidak akan menyentuh bahagian-bahagian yang mempunyai si gadis kecil dan wanita tersebut, kerana buku ini lebih tertumpu kepada dua dunia yang berbeza antara hubungan si ayah/penulis dengan anaknya.

1. Si ayah/penulis merupakan seorang usahawan yang terkenal, kerana beliau menulis di dalam sepucuk surat untuk dirinya sendiri bahawa, ‘ kesemua surat khabar menulis tentang keuntungan saya, dan tiada sesiapa lagi yang tahu saya sakit, tetapi berita tentang diagnosis saya akan diuar-uarkan. Saya bukannya orang biasa, dan semua orang akan mendengar mengenainya apabila saya meninggal … Tetapi orang-orang mengambil berat tentang saya, diesbabkan apa yang saya akan tinggalkan, apa yang saya telah bina, dan capai, perniagaan, hartanah, dan aset’.

2. Beliau juga akan mencurahkan fikirannya sendiri dan perasaan di dalam surat itu, kepada anaknya, bahawa ada petanda kekesalan di sebalik kata-katanya itu, ‘Saya tahu kamu berharap mempunyai seorang ayah yang biasa-biasa sahaja. Seseorang yang tidak pergi melancong, tidak terkenal, dan kamu akan gembira dengan hanya dua mata yang menumpu pada diri kamu … Tetapi saya terlalu penting untuk kesemua itu … Saya meninggalkan kamu’.

3. Sebagai tambahan, beliau menulis tentng keperihatinan anaknya, ‘kamu berhenti di kedai barang kemas dalam perjalanan kembali ke feri, dan membeli sepasang subang dengan wang judi yang kamu perolehi. Sepanjang tahun itu saya baru menyedari bahawa apa yang kamu beli bukannya untuk mana-mana gadis yang kamu cuba untuk menawan. Ianya khas untuk ibu kamu sebenarnya …  Saya cuba untuk membentuk kamu seperti diri saya. Tetapi kamu jadi lebih dari apa yang saya sangkakan’.

4. Akhir sekali, beliau benar-benar tersentuh dengan ‘isyarat’ daripada anaknya itu, di mana beliau tersenyum, dan mencium pipinya selepas mengucapkan ‘Selamat Hari Krismas’ kepadanya.


Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca


yoshiwarasan
yoshiwarasan
Articles: 1