Ulasan Buku : Heidi

👭REVIEW👭

 Heidi mengisahkan seorang budak perempuan yang banyak membawa perubahan kepada kehidupan seseorang . Dia adalah seorang budak perempuan kampung yg tinggal di atas gunung bersama atuknya sehinggalah suatu hari makciknya kembali ke kampung dari bandar untuk menjemput Heidi berhijrah ke bandar bersamanya. Atuknya sangat berat hati utk melepaskan Heidi tetapi terpaksa kerana niat makcik Heidi untuk memberikan kehidupan dan pembelajaran yang baik buat Heidi. Heidi bagaimanapun tidak mahu mengikuti makciknya kerana dia gembira hidup di sini bertemankan seorang atuk dan juga seorang budak pengembala bernama Peter. atas pujukan makciknya yang dia akan membelikan sesuatu untuk nenek Peter, akhirnya Heidi akur.

 Heidi dibawa ke rumah seorang yang kaya, Encik Sesemen yang mempunyai seorang anak perempuan kurang upaya bernama Clara. Clara sebaya Heidi tetapi tidak boleh berjalan. Dia hanya duduk dirumah sahaja bertemankan dengan beberapa orang maid yang diupah oleh ayahnya. Sejak kemunculan Heidi di rumah itu, kehidupan Clara tidak lagi sunyi. Malah mereka menganggap Heidi sebagai keluarga sendiri bukan lagi memandang Heidi sebagai seorang kawan kepada Clara.  Guru peribadi Clara yang selalu datang kerumah untuk mengajar Clara telah membantu Heidi untuk membaca . Sedikit demi sedikit Heidi pandai membaca dan nenek Clara menghadiahkan sebuah buku yang Heidi tidak pernah bosan mengulangi pembacaan tersebut sehinggalah dia didapati jatuh sakit kerana terlalu rindukan kehidupannya di kampung bersama atuk, Peter dan keluarga Peter. Setiap malam dia akan berjalan sambil tidur tanpa disedari dan doktor peribadi Clara meminta Encik Sesemen membawa Heidi pulang ke kampungnya. Mereka berat hati tetapi terpaksa akur dan berjanji akan sering bertanya khabar. 

 Heidi pulang ke kampung dengan perasaan gembira dan mebawa pelbagai bekalan yang disediakan oleh Clara kepadanya. Selepas pemergian Heidi, Clara pula sakit kerana terlalu rindukan Heidi dan dia sunyi. Encik Sesemen memutuskan untuk menghantar doktor peribadi Clara ke kampung Heidi untuk mengetahui keadaan Heidi. Kebetulan, doktor itu pun mempunyai masalah peribadi selepas kematian anaknya. hidupnya murung. apabila dia berkampung di tempat Heidi, semangatnya pulih kembali dan membawa berita yang ditunggu oleh Clara. Clara memutuskan untuk pergi ke kampung Heidi bersama neneknya.    

 Sampai sahaja di kampung, Clara tidak mahu pulang kerana selesa dengan keadaan disekelilingnya berbeza dengan kehidupan di bandar. Clara telah diajar oleh atuk Heidi untuk berjalan dan tidak menggunakan lagi kerusi roda. Berita gembira ini akhirnya sampai ke pengetahuan nenek dan ayah Clara. Mereka gembira dan cukup terhutang budi kepada keluarga Heidi lalu meminta atuk Heidi untuk menyatakan hajatnya apa yang boleh dibantu sebagai hadiah tetapi atuk Heidi hanya meminta mereka menjaga Heidi kerana hidupnya tidak lama lagi dan Heidi tidak mempunyai sesiapa lagi selain dirinya. Encik Sesemen sangat berlapang hati dengan permintaan itu kerana Heidi sudah sememangnya dianggap sebagai anak sendiri.

 Kesimpulan yg boleh dibuat dari keseluruhan cerita ini adalah :

-Heidi telah pandai membaca. 

-Clara boleh berjalan 

-Atuknya yg anti kepada masyarakat yang dahulunya dipulau telah mula lembut hati dan mula bergaul dengan orang. 

-Nenek Peter dapat merasa sedikit kesenangan yg diberikan Heidi walaupun dia buta.

-Peter telah pandai membaca dan ini membanggakan guru serta ibunya.


Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca


Nor Shuhada
Nor Shuhada
Articles: 32