Ulasan Buku : Teach Like Finland-Mengajar Seperti Finlandia

Ulasan Buku : Teach Like Finland-Mengajar Seperti Finlandia

Bg yg tertanya² dan ingin tahu kebaikan buku ini, sy jelaskan sedikit. (maaf tulisan ini agak panjang sedikit) Finland sbg negara paling terpelajar di dunia kerana ia merupakan satu sistem pendidikannya yg memang diakui merupakan salah satu yg terbaik didunia. Timothy D Walker menyatakan hasil penyelidikan yg dilakukan sejak beliau berpindah ke Finland. Terdapat byk perbezaan yg kontra dlm pola pendidikan diantara 2 buah negara tersebut iaitu Amerika(sekolah tempat beliau mengajar sebelum berpindah ke Finland) dan Finland.

Guru² di Amerika sibuk dgn persiapan bahan mengajar utk awal tahun serta dinding kelas mereka dipenuhi dgn bahan pembelajaran manakala guru² di Finland pula menikmati masa bermain bersama anak² dan dinding kelas mereka dipenuhi dgn karya mereka.

Finland mempunyai strategi tertentu dlm memberi pengalaman sesi pengajaran dan pembelajaran yg baik dgn mengambil kira segala aspek emosi, fizikal dan mental para pelajar dan pengajar. Kebahagiaan dlm belajar adalah kunci meraih kejayaan dlm menjalani proses menuju kejayaan. Proses itu adalah dgn belajar.

Terdapat pelbagai cara dlm sistem pembelajaran yg seronok utk diikuti. 33 strategi yg dibahagikan kpd 5 bab iaitu kesejahteraan, rasa dimiliki, kemandirian, kemanusiaan dan pola fikir membuka dimensi baru dlm dunia pendidikan. Ia juga memfokuskan pembelajaran anak2 yg berusia 7tahun dgn kaedah bermain,berimaginasi dan self-discovering. Guru² disini lebih menekankan kolaborasi daripada “pertandingan”. Setiap murid diwajibkan belajar bahasa Inggeris dan baca satu buku setiap minggu.

Di Finland,guru bekerjasama dgn murid utk mencapai objektif pembelajaran dan tidak memfokuskan utk pencapaian dlm peperiksaan semata². Murid tidak diberi tekanan sebaliknya diberi kebebasan utk bersuara sama ada kaedah pembelajaran tersebut menyenangkan atau tidak seperti mana yg ditulis dlm bab kesejahteraan. Salah satu isi penting dlm bab kesejahteraan adalah “Jadual Istirehat Otak”. Murid² Finland terbiasa mempunyai waktu rehat 15minit setiap 45minit waktu belajar. Selama waktu berehat inilah mereka akan keluar dari kelas utk bermain atau bersosial bersama rakan² yg lain. Setelah berehat ,murid akn lebih fokus didalam kelas. Murid² yg kurang fokus kebiasaanya waktu pembelajaran mereka lebih lama atau waktu rehat mereka ditunda. Dlm erti kata lain pejaran dipanjangkan. Guru² Finland akan meminta anak murid mereka ke “ruangan berehat” jika terdapat satu sudut kecil didalam kelas. Waktu rehat yg dimaksudkan mempunyai 3 kategori iaitu keseronokkan, kemandirian dan pembaharuan. Dimana waktu tersebut guru dilarang sama sekali mengatur aktiviti mereka seperti meminta setiap murid utk membaca dgn tenang selama 10minit dll.

Buku ini disarankan utk dimiliki oleh setiap guru dlm usaha memperbaiki sistem pengajaran di Malaysia. Rangkuman 33 strategi yg ditulis ini sememangnya amat sesuai dipraktikkan. Byk lagi isi penting yg ingin sy keluarkan tp cukupla sampai sini shj yg boleh sy kongsikan atas pemahaman sy.(Terlalu panjang jika ingin keluarkan setiap isi penting 33 strategi tersebut)

*tidak semestinya guru shj, para ibu bapa seperti sy juga boleh membeli utk mendidik dan mengajar anak .

Terjemahan bahasa Indonesia yg digunakan bg sy agak sukar utk difahami sedikit berbanding dgn karya buya Hamka yg pernah sy baca sebelum ini. Tetapi ini tidak menghalang sy utk terus kaji buku ini sehingga ke muka surat terakhir. Jgn risau,masih ada perkataan yg sering kita dgr seperti bisa-boleh dll. Google translate juga byk membantu sebenarnya sbg contoh antusias-bersemangat. Ada juga perkataan yg ikut logik akal dimana google translate tidak dpt detect sepenuhnya seperti “mengecek surat elektronik- menyemak email” 😂-pandai dia main teka teki,penat kita pk tau.

Kesimpulannya isi kandungan yg mengandungi 33 strategi mengajar memang sgt berguna dan beri manfaat kpd kita seperti yg sy review sebelum ini. Byk kita peroleh sbg contoh bahasa indonesia yg baru sy pelajari selain isi kandungan buku tersebut (jgn takut utk pelajari sesuatu, yakin kerana Allah jua yg memberi kefahaman)


Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca