Ulasan Buku : Hatimu Aisyah

Edisi Malaysia Membaca : Hatimu Aisyah

Penulis : Zurinah Hassan, Sasterawan Negara

Kisah mengenai dua zaman yg dibukukan menjadi satu cerita. Aisyah. Seorang gadis kampung yg hidup pd zaman selepas penjajahan tanah melayu. Sejak dari kecil lagi Aisyah telah diajar semua kerja rumah yg sepatutnya dilakukan oleh orang perempuan dan ketika dia berusia 12 tahun, Aisyah mampu menguruskan rumah serta adik²nya yg masih kecil ketika kedua org tuanya pergi ke sawah. Mempunyai seorang abang yg tidak membantunya lgsg dlm kerja² rumah mahupun menjaga adik² yg lain. Masyarakat kita dahulu lebih mengutamakan perempuan utk membuat semua kerja kerana dipercayai jika anak dara tidak mampu membuat apa² akan dikatakan merugikan ibu bapa serta memalukan keluarga dan kaum kerabat. Manakala anak lelaki pula tidak perlu melakukan apa² urusan rumah selain keluar membantu ayah mencari rezeki atau duduk bersenang² shj. Aisyah merasakan semua ini tidak adil tetapi dia telah diajar utk tidak menjawab, melawan mahupun suarakan pendapat/isihati kerana ianya akan dianggap biadap termasuklah dari segi petua nenek moyang atau pemilihan jodoh yg telah ditetapkan.

Aisyah telah disatukan dgn jejaka bernama Ayub atas pemilihan keluarganya tanpa pernah melihat atau mengenali jejaka tersebut. Perempuan zmn dahulu sgt dilarang utk keluar rumah tanpa tujuan dan ini mengakibatkan Aisyah terlalu malu utk menegur suaminya utk memulakan bicara walaupun telah seminggu mereka berkahwin. Dari urusan perkahwinan sehinggalah urusan bersalin dan juga berpantang lelaki sama sekali tidak dibenarkan masuk campur selama 44 hari melainkan org tua-ibu mereka shj.

Pd permulaan kehidupan berumahtangga, seperti pasangan zmn skrg kehidupan mereka sgt susah dan serba tidak cukup. Selepas beberapa tahun, Aisyah dan Ayub berjaya mengatasinya sedikit demi sedikit sehingga mampu membeli sebidang tanah utk mendirikan rumah sendiri. Dari Ayub yg hanya bekerja kampung sehinggalah menjadi seorang guru malahan imam kampung. Mereka dikurniakan 5 orang anak dimana kelima² anak mereka ini dilahirkan dlm zmn pemodenan seperti kita. Segala petua tidak lagi diterima pakai oleh anak serta menantunya. Aisyah terpaksa menelan segala pahit daripada mulut org² kampung supaya tidak terlalu membebaskan anak²nya ke luar kampung utk menuntut ilmu dan bekerja. Walaubagaimanapun, Ayub sedaya upaya memujuk Aisyah utk menyekolahkan anak² mereka sehingga ke peringkat Universiti dan tidak menggalakan utk bekerja kampung shj seiring dgn kemajuan zmn kini walau ditentang hebat oleh ibu Aisyah yg masih dlm pemikiran kolot.

Semasa kecil,Aisyah sering dengar orang² tua mengatakan jika beranak ramai sgt beruntung kerana anak² lah yg mampu menjaga kita ketika tua nanti. Tetapi apa yg telah Aisyah lalui sgtlah berbeza dgn percakapan orang² tua kerana setelah anak²nya membesar mereka lebih fokus kpd kehidupan dan keluarga masing². Cucu² Aisyah pula tidak gemar balik ke kampung kerana suasana kampung tidak semoden bandar dimana mereka baru shj dikenalkan dgn televisyen, bekalan elektrik dan hiburan lain. Hanya waktu perayaan shj kampung akan meriah. Apapun Aisyah tetap berbangga kerana telah berjaya mendidik anak²nya dgn berjaya walaupun berbeza pandangan ,petua dan juga pantang larang. Anak²nya sedikit pun tidak pernah melupakan ibu mereka malahan menanggung segala perbelanjaan Aisyah dan Ayub utk menunaikan haji.


Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca


Nor Shuhada
Nor Shuhada
Articles: 32