Selamat Datang Ke Laman Web Konfess Buku
Ulasan Buku : Di Bawah Lindungan Ka’abah

Ulasan Buku : Di Bawah Lindungan Ka’abah

Bacaan pertama 2020. Sebuah karya pendek dari Buya Hamka dan saya ambil masa 4 jam sahaja untuk habiskan pembacaan (4 jam yang banyak gap sebab bekerja sambil curi masa untuk membaca)

“cinta itu adalah jiwa; antara cinta yang sejati dengan jiwa tak dapat dipisahkan, cinta pun merdeka sebagaimana jiwa. Ia tidak memperbedakan di antara derejat dan bangsa, di antara kaya dan miskin, mulia dan papa”

Menampilkan watak utama Hamid dan juga Zainab di mana mereka berdua ini saling mencintai antara satu sama lain tetapi hanya membukukan perasaan masing² di dalam hati lantaran kerana darjat dan juga keturunan.

Hamid seorang yatim yang kematian ayahandanya ketika berusia 4 tahun. Tinggal bersama ibunya di sebuah rumah seakan² pondok kecil yang usang. Waktu kecilnya banyak dihabiskan bersama ibunya daripada bersuka ria dengan teman sebaya yang lain. Dia faham akan kedaifan dan disebalik senyuman ibunya tersembunyi airmata yang merisaukan keadaan masa hadapan anaknya.

Suatu hari ketika Hamid menjaja kuih,seorang hartawan dari dalam rumah memanggil akan jualannya dan bertanyakan siapakah ayah dan bondanya dan dimanakah ia tinggal. Isteri hartawan (makcik Asiah) berhajat utk berjumpa dgn ibu Hamid. Dari sini, bermulalah kehidupan Hamid di mana hartawan Hj. Jaafar iaitu bapa Zainab ingin menanggung segala perbelanjaan sekolahnya hingga ke menara gading dan berjayanya Hamid sebagai individu yang berpelajaran-telah menganggap Hamid sebagai anaknya sendiri dan pertalian dia antara Zainab dianggap sebagai adik beradik.

Hamid melarikan diri selepas makcik Asiah menyuruhnya memujuk anaknya untuk berkahwin dengan saudara bapanya. Dalam masa yg sama,Hamid sedang menaruh perasaan terhadap Zainab walaupun dia terpaksa korbankan perasaanya untuk melihat pengharapan makcik Asiah. Dia mengirimkan surat kepada Zainab menyatakan isihatinya selama ini. Begitu juga Zainab tetapi balasan surat itu terpaksa Zainab kuburkan lantaran Hamid tidak diketahui mana tempat tinggalnya untuk mengirim jawapan surat itu. Akhirnya, Zainab wafat di tanah air dengan kedukaan untuk berjumpa dgn Hamid tidak kesampaian dan Hamid pula wafat ketika dia mengerjakan haji. Mereka akan berjumpa di “alam” sana selepas bermacam dugaan dan juga kesabaran mereka diatas dunia ini.


Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca