Ulasan Buku: Contengan Jalanan

Ulasan Buku: Contengan Jalanan

CONTENGAN JALANAN membawa kita mengembara dalam kehidupan 5 sahabat anggota kumpulan band “Creepy Heus” dari Kuala Perlis menuju ke Indonesia hinggalah Australia! Bestkan dengan RM25 sahaja (harga buku ni) dah boleh terbang ke serata dunia.
.
Beauty
.
3 watak utama  menjadi tunjang dalam novel ini iaitu Fend (Affendy), Chad (Irsyad) dan juga K2(K square aka Ku Kamaruzzaman) yang begitu asyik dalam dunia seni muzik dan fotografi masing-masing hinggalah pada suatu hari berubah dengan suatu tagline dari filem “The Eleventh Hour” yang ditinggalkan oleh gadis bernama Amalia aka Lia. Maka bermulalah perjalanan mencari jawapan dan hikmah disebalik tagline itu.
.
Layout novel yang unik dan menggunakan gaya bahasa yang sangat santai tetapi deep membuatkan novel ini sangat istimewa.  Bertemakan perjalanan mencari Tuhan dari kacamata dan jiwa pencinta muzik, lensa dan sketchbook; penulis membawa pembaca berkenalan dengan dunia muzik dengan begitu terperinci dan menarik.
.
🌻jadilah apa pun yang kau nak jadi tapi jangan pernah lupa apa tujuan sebenar kau hidup didunia ni..(51:56)
“Dont turn your back on God, nothing in life is guaranteed. But if you keep your faith, some things will be clearer than others.”-Ahmad the Rebel-
“there’s no such thing wrong in arts…provided that Islam is a given”-K2
.
🌻hidayah itu perlu dicari dan semestinya tidak akan datang bergolek. seperti K2 yang pada mulanya berhati batu lama kelamaan menjadi cair juga apabila dilentur dengan ayat-ayat cinta Allah yang disampaikan melalui sahabatnya Fend dalam bentuk grafik yang sangat unik tetapi dekat dengan jiwa K2 sebagai pelajar jurusan Creative Arts.
.
🌻belajarlah..belajar dari semua. baik dari anak kecil mahupun dari alam semesta kerana ilmu bermula bukan ketika kelas dimulakan atau ketika helaian buku mula diselak tetapi saat rasa hati ingin belajar. Seperti K2 yang belajar mencari erti hidup dari seorang anak kecil dibawah kolong jambatan berdekatan Muzium Fatahillah Jakarta dan dia juga belajar dari setiap inci contengan jalanan di kaki lima Braga Indonesia. “Alam itu sendiri guru yang hebat dalam mengajarkan ilmu Allah”-Bapak Tono-


Dapatkan buku-buku yang terkini dan beinspirasi daripada Kafe Konfess Buku dengan melayari kafe.konfessbuku.com.

Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca