Selamat Datang Ke Laman Web Konfess Buku
Ulasan Buku : Aku, Dia & Pinky Promise

Ulasan Buku : Aku, Dia & Pinky Promise

Aku, Dia & Pinky Promise oleh Anna Lee.

Best sangat!!!

Di saat takde mood nak baca novel, tapi novel belum dibaca dah menggunung, jadi ku pilih novel ni sebagai pembakar semangat.

Dan ternyata, novel ni tak mengecewakan. Tak sia sia turun naik eskalator kat PWTC semata mata nak cari buku ni. (Dan kubeli novel ni dengan harga RM 7 di PBAKL).

Pertama sekali, abaikan tajuknya. Sebab kalau kita menghakimi buku ni berdasarkan tajuknya semata, maka, novel ni hanya akan dipandang sebelah mata oleh ‘pengkritik tegar’ industri buku. Tapi percayalah, buku ni akan termasuk dalam golongan buku sedap dibaca.

Novel ni ada 3 bahagian.

Bahagian 1: Saleha yang dah berusia 33 tahun, merasakan hidupnya kurang memuaskan. Jadi, dia mengharapkan agar waktu dapat diputarkan kembali, untuk tukar aliran sains kepada sastera salah satunya. Dan satu kejadian membawa Saleha ke tahun 1998, waktu di Tingkatan 5. Di sini la, dia jumpa dengan Azri, yang selama ni, langsung takde dalam memorinya. Tanpa disangka, mereka berjanji untuk muncul kembali dalam hidup masing- masing 16 tahun kemudian. Tapi, ada satu kemusykilan. Saleha terfikir, kenapa la dia tak pernah ingat atau jumpa Azri sebelum ni. Rupanya, Azri ialah anak Mak Limah ABC yang meninggal dunia. Belum sempat, Saleha mengubah takdir, dia kemalangan.

Bahagian 2: kembali ke 2014. Saleha sedar dari koma. Rupanya setahun telah berlalu dan Saleha lupa tentang apa yang jadi dalam hidupnya selama 1 tahun ni. Dia dah nak kahwin dengan Daniel, cinta hatinya. Tapi, kenapa dia rasa tawar hati. Lagipun, dia asyik teringat pasal Azri yang dah mati. Dan siapakah Ray yang muncul dalam hidupnya?

Bahagian 3: Ray ialah Azri. Macam mana? (Bacalah. Sebab ada plot yang tak terjangka dan perasaan yang bercampur baur. Susah nak diterangkan dalam bentuk ayat) Kemudian, Saleha menjejaki Ray di Paris. Dan bahagia milik mereka.

Macam biasa, Novel Anna Lee (AL) tak pernah mengecewakan sebab AL pandai buatku menangis dalam ketawa, menangis terharu.

Bahagian 1 yang sangat best. Kisah zaman sekolah dan Azri si pelindung Saleha. Memang boleh buatku gelak sampai keluar air mata. Bahagian 2 dah start pening. Banyak tanda tanya.

Bahagian 3 penamat yang sempurna buat mereka. Buatku nangis terharu. Betul la. ‘Apabila sudah cinta, hati sudah cukup untuk memandang’.

Sangat disarankan kepada semua pencinta buku. Adalah satu kerugian untuk hanya membiarkan buku ni dipandang sepi.

Diulas oleh :  Wafaa Nur Izzaty binti Mohd Shukri

 


Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca