Ulasan Buku : Nasihat Pak Bidan

Menimang cahaya mata adalah idaman bagi tiap-tiap pasangan yang telah lama menginginkan zuriat. Dari lubuk hati yang dalam hanya mampu menadahkan tangan agar Allah ta’ala memberikan rezeki anak secepat mungkin. Kesukaran mendapatkan anak sejak bertahun-tahun lagi kemungkinan datang dari pelbagai aspek seperti ketidaksuburan wanita dan penyakit-penyakit yang dialami.

Cara mengenal pasti punca kehamilan tidak berlaku adalah dengan segera mendapatkan rawatan susulan. Antara orang yang layak dirujuk dalam permasalahan ini ialah Professor DR.Hamid Arshat. Penulis buku Nasihat Pak Bidan untuk Wanita.

Beliau merupakan doktor pakar yang berpengalaman lebih 40 dekad dalam dunia kedoktoran dan perbidanan. Buku yang dikarang oleh beliau lebih 3 kali telah dicetak, terbaru pada tahun 2019 dibawah terbitan Galeri Ilmu. Buku ini berhalaman 176 terdiri 4 bab yang utama dan masing-masing memiliki bab-bab yang kecil. Antara yang disebutkan :

1- Proses Penzuriatan.

Bahagian ini penulis memasukkan banyak panduan bernas. Salah satunya mengenal makanan terbaik sepanjang kehamilan. Makanan yang sesuai diambil bagi perkembangan si manja dalam rahim ialah telur yang mengandungi 12 jenis vitamin, ikan salmon, keledek merah, daging merah dan ayam, kacang, yogurt dan susu.

2- Komplikasi Kehamilan.

Dinyatakan bahawa pendarahan awal kehamilan sekitar 3 bulan pertama boleh terjadi disebabkan komplikasi keguguran, kandungan luar rahim (ectopic) dan kandungan molar (luar biasa).

3- Kelahiran.

Disini juga penulis melampirkan 3 panduan mudah bersalin antaranya, lebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran, senaman dan breathing exercie (senaman penafasan).

4- Penyakit-penyakit Lazim Wanita.

Baik bujang atau sesudah mendirikan rumah tangga penyakit ketumbuhan kerap melanda sebahagian wanita. Antara penyakit berkaitan tersebut ialah ovarian cyst, endometriosis, fibroid, polycystic ovary sydrome (PCOS). Kumpulan penyakit ini merosakkan sistem peranakan, mengganggu kitaran haid, senggugut yang teruk dan akhirnya menyebabkan kemandulan. Walaubagaimana jika ada ketumbuhan bukan kanser ia perlu dibuang dalam pembedahan hysterectomy.

Pengambilan makanan yang tidak seimbang juga antara faktor yang mengakibatkan wanita sukar mengandung. Risiko mendapatkan anak juga sangat tinggi jika makanan junk food dan fast food sering diamalkan. Lebih-lebih lagi mendorong pada kegemukkan. Dua hormon wanita iaitu estrogen dan progesteron jika berlebihan di dalam badan boleh membiakkan fibroid dengan cepat. Oleh itu, kedua hormon ini perlu diseimbangkan agar tidak menimbulkan penyakit lain seperti kanser payudara dan kanser rahim. Antara yang disarankan oleh penulis mengambil makanan antiestrogen seperti brokoli, kubis minyak zaitun dan lobak putih.

Dr. Hamid memuatkan 10 tips penjagaan rahim agar membantu keinginan mendapatkan cahaya mata mengikut tips yang disediakan. Kandungan buku ini sedikit mengerikan kerana Dr. Hamid mengepilkan gambar pembuangan ketumbuhan sepanjang proses pembedahan yang beliau jalankan.

Kerjaya sebagai doktor pakar perbidanan memungkinkan sebahagian berpandangan sinis kerana sering bertembung dengan alat sulit wanita. Namun pada bahagian mukaddimmah, Prof berkata dia tidak lagi menyambut kelahiran secara normal sejak 2014 tetapi tetap berkhidmat dari segi pembedahan, kaunseling dan lain-lain. Mengikut hukum syarak, tidak dibenarkan lelaki melihat aurat perempuan ajnabi kecuali terdapat keperluan dan darurat.

Buku ini sangatlah menarik kerana ia turut memuatkan kaedah mendapatkan anak lelaki dan perempuan. Professor Dr. Hamid Arshat boleh dikenali di laman facebook Dr Hamid Arshat. Beliau berkongsi kepakarannya sekaligus gemar merekodkan aktiviti-aktiviti pembedahan.

Selamat membaca.


Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca


Syuhara Suriati
Syuhara Suriati

Penulis artikel, antologi dan anekdot.🌷Isteri suri membaca dan menulis 🌷

Articles: 67