Ulasan Buku : Deus ex Makian

Ulasan Buku : Deus ex Makian

🔥REVIEW🔥

Kali pertama saya baca karya Nazim Masnawi dan mungkin juga bukan kali terakhir. Apa yg cuba disampaikan beliau sangat bertepatan dgn apa yg berlaku disekeliling kita seolah-olah apa yg terbuku dlm jiwa dan fikiran sy, terluah dgn rasa kepuasan hati yg boleh diterima akal serta logiknya. Lantang dan jujur. Itu yg boleh sy gambarkan utk diri penulis tetapi bab pencarutan sy kurang sedikit mungkin persekitaran sy dibesarkan tidak menggemarkan pencarutan (kononnn padahal kalau tengah marah mencarut kaw-kaw juga 😂) kesimpulannya, penulis ini sgt bersahaja dlm menyampaikan mesej. Padu. 

Sedikit petikan teks dari buku beliau “aku tak pasti jika ada sesetengah orang lahir-lahir dah bodoh, tapi aku rasa sesetengahnya handle kebodohan ini dengan cara berlainan, dan disitulah letak perbezaannya. Apabila kebodohan menyerang, sesetengah berjaya menepis 90-95% darinya (fakta). Sudah tentu ada sebahagian gejala ini berjaya memboloskan diri dan disitulah kau terlontar kata-kata bodoh dan terbuat perkara-perkara bangang. Kau tak perlu benda-benda besar pun untuk melayakkannya sebagai satu tindakan bodoh,semua bergantung pada sejauh mana tahapnya. Contohnya, satu golongan yg perlu kau perhati ialah jenis yg suka tanya soalan bodoh lagi terang-terang tak perlu ditanya. Nah, makhluk ini lazimnya memenuhi kawasan membeli belah dan tujuan mereka hidup seolah-olah tiada lain hanya utk mengganggu pekerja kedai.

**Deus Ex Machina adalah istilah Latin yg berasal dari Bahasa Yunani. Ia berbangkit apabila satu-satu karakter atau benda mendadak muncul dlm novel, pementasan,filem dan sebagainya. Manakala Deus ex Makian pula mengikut konteks buku ini membawa maksud gemar menyelesaikan masalah dengan melemparkan kata-kata kesat.


Dapatkan buku-buku yang terkini dan beinspirasi daripada Kafe Konfess Buku dengan melayari kafe.konfessbuku.com.

Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca