Buku Untuk Pengantin Baru Dan Bakal Pengantin

Bismillah…

Di samping kesibukan persiapan majlis perkahwinan, kita juga mestilah menitikberatkan persiapan diri dalam menghadapi hidup berumah tangga yang akan memakan masa bertahun lamanya bersama pasangan yang menjadi pilihan hati.

Oleh itu, kami (Mr & Mrs Konfess Buku) ingin berkongsi 14 judul buku yang kami baca sebelum berkahwin (ada juga yang masih dalam bacaan) berserta sinopsis (baca : dari kulit belakang buku) yang menurut kami sangat membantu sebagai rujukan dalam berumah tangga. Tiga kategori penting yang menjadi keutamaan kami, iaitu Komunikasi/Perhubungan, Pengurusan Kewangan dan Keibubapaan/Kekeluargaan.

  1. Men Are From Mars, Women Are From Venus (edisi Bahasa Melayu)

Penulis : John Gray Ph.D

Sinopsis : Pada suatu masa dahulu, orang planet Marikh dan Venus bertemu, lalu jatuh cinta. Mereka hidup bahagia bersama kerana mereka menerima dan menghormati perbezaan masing-masing. Kemudia mereka berkahwin dan berpindah ke Bumi. Pada suatu hari yang tidak disangka, mereka semua diserang penyakit amnesia, iaitu penyakit yang menyebabkan mereka terlupa bahawa mereka sebenarnya berasal dari planet yang berbeza.

Menggunakan metafora ini bagi menerangkan konflik-konflik yang biasa berlaku antara lelaki dan perempuan, Dr. John Gray menjelaskan bagaimana perbezaan antara lelaki dan perempuan sering menjadi angkara dalam hubungan yang tidak bahagia. Berdasarkan pengalaman beliau memberi khidmat kaunseling kepada beribu pasangan dan individu, beliau memberi panduan bagaimana kita boleh mengatasi perbezaan dalam gaya komunikasi, keperluan emosi, dan perilaku bagi memupuk persefahaman antara lelaki dan perempuan.

Men Are From Mars, Women Are From Venus berjaya membantu berjuta-juta orang lelaki dan perempuan memahami pasangan mereka  dengan lebih baik. Ia adalah alat bantu yang penting dalam membentuk hubungan suami isteri yang lebih mendalam dan memuaskan.

Sumber gambar : Google
  1. Why Mars And Venus Collied (edisi Bahasa Melayu)

Penulis : John Gray Ph.D

Sinopsis : Bebelan yang Membahagiakan – Perempuan selalu bercakap tanpa henti dan suka membebel. Cara ini terbukti berkesan dapat merangsang rembesan hormon oksitosin yang boleh mengurangkan stres. Semakin panjang bebelan, semakin bahagia seorang perempuan. Namun, yang stres dengan bebelan perempuan adalah lelaki. Jangan bimbang, buku ini menunjukkan teknik untuk menjadi pendengar yang baik tanpa perlu berasa tertekan.

Pujian yang Membangkitkan Semangat – Lelaki bukannya pemalas, tetapi sebenarnya suka membantu. Namun, kerja lelaki kurang kemas, tidak teratur, dan makin huru-hara dibuatnya. Perempuan mudah untuk mengkritik dan menunjukkan kesalahan lelaki. Apabila dikritik, lelaki tercalar egonya dan tidak mahu membantu lagi. Jadi, berikan pujian kepada lelaki walaupun hasil kerjanya teruk. Buku ini ada panduannya.

Lelaki VS Perempuan – Ini adalah manual kebahagiaan yang wajib dimiliki oleh semua pasangan. Buku ini menjelaskan perbezaan antara lelaki dan perempuan, serta cara meraikannya dengan penuh kasih sayang.

Sumber gambar : Google
  1. Mars And Venus Together Forever (edisi Bahasa Melayu)

Penulis : John Gray Ph.D

Sinopsis : “Semoga kekal bahagia sepanjang hayat”, “Moga cinta kalian kekal abadi”. Inilah antara ucapan yang seringkali disampaikan kepada pasangan yang baru mendirikan rumah tangga. Bunyinya indah, namun dengan perbezaan yang begitu ketara antara lelaki dan wanita, mampukah sebuah cinta dan perhubungan yang terbina itu kekal hingga ke akhirnya?

Menerusi buku Mars And Venus Together Forever ini, kita akan memahami dan menyelami setiap perbezaan antara lelaki dan wanita, supaya hubungan yang terbina kekal utuh. Antara intipati yang menarik dalam buku ini :

  • Perkara yang ibu kita tidak dapat ajarkan, dan bapa kita tidak tahu.
  • Apa yang wanita paling perlukan, dan lelaki paling mahukan.
  • Bagaimana lelaki dan wanita berbeza dari segi perasaan dan cara berfikir.
  • Skil mendengar bagi orang lelaki supaya tidak rasa tersinggung.
  • Skil bercakap bagi wanita supaya orang lelaki mendengar.

Menyemai kasih sayang supaya ia terus segar dan mekar hingga ke akhir usia memerlukan usaha yang berpanjangan. Sentiasalah bercinta. Teruskanlah berkenalan dengan pasangan kita agar langkah tetap senada hingga ke hujung nyawa.

Sumber gambar : Google
  1. Why Men Don’t Listen And Women Can’t Read Maps

Penulis : Allan & Barbara Pease

Sinopsis : Lelaki dan perempuan itu berbeza. Bukanlah satu jantina lebih baik daripada yang lain. Mereka cuma berbeza. Ahli sains, ahli antropologi dan ahli sosiobiologi mengetahui fakta ini sejak dahulu lagi. Masyarakat hari ini masih mahu mempercayai yang lelaki dan perempuan mempunyai kemahiran, kebolehan dan potensi yang sama. Ini masih dikekalkan walaupun sains mula membuktikan yang kedua-dua jantina ini berbeza.

  • Mengapa lelaki mendengar seperti patung
  • Mengapa peta boleh menyebabkan perceraian
  • Mengapa lelaki jatuh cinta dan wanita putuskan cinta
  • Mengapa lelaki tidak mampu berbohong kepada perempuan
  • Mengapa apabila wanita menghargai hubungan, lelaki menghargai kerja
  • Mengapa lelaki berperut buncit dan wanita berpunggung besar
  • Mengapa lelaki hanya dapat melakukan satu perkara pada satu masa
  • Mengapa lelaki diibaratkan ketuhar gelombang mikro dan wanita ketuhar elektrik

Buku Why Men Don’t Listen and Women Can’t Read Maps bukan hanya membantu kita mengenali manusia berlainan jantina tetapi juga memahami diri sendiri. Hasilnya, kita mampu menjalin hubungan dan interaksi yang lebih menggembirakan dan memuaskan.

Sumber gambar : Google
  1. Mahkota Pengantin

Penulis : Majdi bin Manshur bin Sayyid asy-Syuri

Sinopsis : Pernikahan adalah pilar keutuhan masyarakat Muslim. Jika ikatan keluarga retak, remuk pulalah sendi-sendi sebuah peradaban. Karenanya, tidak usah heran jika Islam menjaga sedini mungkin setiap unsur yang dapat merusak kebahagiaan rumah tangga. Salah satu caranya agar setiap pemuda-pemudi Muslim yang hendak menikah memahami esensi dan hukum-hukum sekitar pernikahan agar setiap persoalan yang muncul dapat diatasi dengan solusi yang islami.

Buku ini adalah sebuah pemahaman sekaligus pencerahan tentang bagaimana membangun keluarga sakinah, mawaddah, wa rahmah, sejak mula niat pinangan dipancangkan. Tentang bagaimana menyesap setiap bulir kebahagiaan dan nikmat pernikahan sejak ijab kabul diresmikan. Rumah yang bahagia adalah bukan rumah yang tanpa cekcok (berselisih). Tapi adanya kekurangan pertanda ketidaksempurnaan dan dinamika, sehingga suami istri pun berupaya saling menjaga dan saling mengisi.

Kelebihan buku ini terletak pada kupasannya yang relatif lengkap. Bahasanya pun lebih cair, apa adanya dan dialogis. Seringkali paparan dimulai dengan tanya jawab lalu disusul dengan jawaban yang jelas, lugas dan berdalil. Kelebihan lain, buku ini bicara tanpa pakewuh (segan) berlebihan untuk hal-hal yang bagi sebagian orang sensitif. Ketika banyak buku lain yang “malu-malu” bicara tentang etika pergaulan seksual suami istri, buku ini bicara tentang etika, adab dan seni tanpa terjebak pada vulgaritas (tingkah laku kasar) yang mengoyak malu.

Karena itu, buku ini sangat penting untuk panduan bagi pemuda-pemudi Muslim yang hendak menikah maupun keluarga Muslim. Tak ada kata terlambat untuk berbenah diri. Karena bahagia harus dijemput, bukan menunggu untuk didatangi.

Sumber gambar : Google
  1. Panduan Keluarga Sakinah

Penulis : Yazid bin Abdul Qadir Jawas

Sinopsis : Mewujudkan keluarga yang sakinah, mawaddah, wa rahmah (keluarga yang dipenuhi ketenangan, rasa cinta, dan kasih sayang) merupakan dambaan setiap Muslim dan Muslimah yang akan menghadapi mahligai rumah tangga. Keluarga yang sakinah adalah keluarga yang di dalamnya terdapat sikap saling memahami, dan keluarga yang di dalamnya terdapat rasa cinta dan pergaulan yang baik.

Namun, mencapai keluarga yang sakinah bukanlah suatu hal yang mudah, tetapi bukan pula suatu hal yang mustahil. Oleh karena itu, setiap Muslim dan Muslimah yang hendak berumah tangga berkewajipan untuk mempelajari dan memahami konsep dan tujuan pernikahan dalam Islam sebagai bekal utama sebelum melangkah ke jinjang pernikahan dan akhirnya meraih keluarga yang sakinah dengan izin Allah Ta’ala.

Buku ini membahas tentang berbagai aspek dalam pernikahan yang perlu diketahui, meliputi: tujuan pernikahan dalam Islam, manfaat pernikahan, tata cara pernikahan dalam Islam, beberapa pernikahan yang dilarang syari’at Islam, pelanggaran-pelanggaran yang sering terjadi dalam pernikahan, kiat-kiat membina rumah tangga yang ideal, hak dan kewajipan suami istri, nasihat untuk suami istri, hal-hal yang harus dilakukan ketika si buah hati lahir, kewajipan mendidik anak, menggapai ridha Allah Ta’ala dengan berbakti kepada kedua orang tua, dan lainnya.

Dengan mengetahui semua aspek dalam pernikahan ini, mudah-mudahan bagi mereka yang hendak menikah, mereka yang baru memasuki jinjang rumah tangga, maupun mereka yang telah lama berumah tangga mampu mewujudkan keluarga yang sakinah, mawaddah, wa rahmah.

Sumber gambar : Google
  1. Asam Garam Rumah Tangga Nabi

Penulis : Luqman Makhtar

Sinopsis : Rasulullah sebagai manusia juga berumah tangga. Lalu dalam berumah tangga Baginda hadapi asam garamnya. Ada ketika ceria bersama, ada ketika romantik, ada juga ketikanya berkonflik. Sungguh setiap saat dalam hidup Baginda adalah teladan untuk umat. Barulah umat boleh belajar daripada Baginda.

Benarlah, Rasulullah uswah hasanah; teladan terbaik. Buku ini memaparkan babak-babak asam garam rumah tangga Nabi yang mungkin kita tidak tahu selama ini, antaranya:

  1. Nabi terasa hati
  2. Sebulan nabi merajuk
  3. Isteri intip nabi
  4. Nabi dan isteri kemalangan
  5. Isteri berdikari cari nafkah
  6. Adakala nabi pun bergadai
  7. Isteri paksa nabi makan ubat
  8. Nabi melayan sahaja isteri cemburu
  9. Nabi bercerai
  10. Isteri dituduh curang

    Sumber gambar : Google
  1. Asam Garam 2 : Romantiknya Rumah Tangga Nabi

Penulis : Luqman Makhtar

Sinopsis : Buku ini menghimpunkan babak-babak romantik yang pernah berlaku antara Rasulullah dengan isteri Baginda. Mengetahuinya akan membuatkan kita termenung panjang.

Sumber gambar : Google
  1. Menentukan Arah

Penulis : Kurniawan Gunadi & Aji Nur Afifah

Sinopsis : Pertemuan dua orang manusia dengan jalannya masing-masing. Keduanya kemudian bersepakat untuk menempuh jalan yang sama sekali berbeda dengan sebelumnya. Jalan yang dulu dicitakannya sendiri.

Kini keduanya akan menempuh jalan yang baru, bukan jalan milik salah satu dan memaksa yang lain mengikutinya. Benar-benar jalan yang baru hingga keduanya mulai berbicara tentang hati dan apa yang dikatakannya.

Maka arah itu telah diambil, tujuan yang sama telah disepakati, jalan telah dipilih dan cara untuk menjalaninya telah diikrarkan. Bersaksikan Tuhan dan alam semesta.

  1. Aku Terima Nikahnya (Kompilasi Aku Terima Nikahnya, Aku Terima Nikahnya 2 & Aku Terima Nikahnya 3)

Penulis : Hasrizal Abdul Jamil

Sinopsis : “ Jangan pandang isteri dengan pandangan mata yang kering, atau pandangan akal yang gersang, jauh sekali pandangan nafsu yang melulu. Pandanglah isteri dengan pandangan hati, kerana hati itulah yang memberi makna kepada pasangan hidup kita.”

“Jika mahu bercinta, jangan merancang hanya ke pelamin. Masukkan sekali urusan lampin. Kerana rumah tangga bukan Utopia cloud nine. Ia adalah kombinasi suka dan duka. Namun dalam duka tetap ada bahagia, itulah nikmat hidup berumah tangga. Medan memberi yang paling mulia.”

Dua petikan daripada Edisi Istimewa Aku Terima Nikahnya ini, mampu membuka mata bagi pasangan yang mahu mencari bahagia dan Bercinta Hingga Ke Syurga, kerana segalanya berlandaskan cinta yang diteladani daripada Junjungan Mulia SAW, seorang Murabbi Cinta yang hakiki!

Sumber gambar : Google
  1. Misi Bebas Hutang

Penulis : Mohd Zulkifli Shafie

Prakata : Bukan mudah, tapi ia tidak mustahil. Sesiapa sahaja mampu bebas daripada hutang jika ada ilmu, kesedaran dan keazaman yang kuat.

Kebanyakan mereka yang mengadu masalah kewangan kepada saya, bukan disebabkan gaji yang diterimanya tak cukup, tetapi disebabkan masalah hutang yang dibuatnya sendiri. Bukan tak boleh berhutang, namun biarlah hutang pada perkara yang benar-benar perlu, dan berhutanglah secara bijak (yang menjadikan kita lebih kaya).

  1. Wang Ada Di Mana?

Penulis : Azizul Azli Ahmad

Sinopsis : Menguruskan wang sebenarnya tidak terlalu sukar, ia tidak memerlukan tahap pencapaian Matematik yang tinggi. Jika anda faham campur, tolak, darab dan bahagi ia telah memadai. Prinsip paling asas dalam menguruskan wang adalah belanja kurang dari pendapatan. Jika prinsip ini anda gagal genggam, anda akan hanyut jauh ke dalam kesusahan. Kita tidak pernah diberikan pendidikan kewangan, yang kita tahu belajar rajin-rajin hingga pandai dapat kerja baik, gaji mesti besar, dan belilah apa saja. Konsep kejayaan pada kita adalah apa yang kita beli dan pakai. Semakin besar kereta dan kediaman, kita semakin berjaya. Maka ramai anak muda yang berlumba-lumba untuk ‘berjaya’.

  1. Otak Power

Penulis : Azizul Azli Ahmad

Sinopsis : Buku ini soal otak kita, otak kita dibentuk oleh persekitaran kita dan apa yang kita percaya. Sejak kecil kita dididik bahawa semua orang kaya itu jahat. Watak orang miskin diangkat dengan baik, dan kita beranggapan bahawa semua orang miskin itu baik. Wang selalu dianggap sebagai punca berlaku pelbagai bencana di dunia, punca sebenarnya bukan wang tetapi sikap manusia, wang hanya kertas yang tidak boleh bergerak sendiri.

Orang biasa sangat sukakan hiburan, rumah mereka ada lebih banyak siaran dan ukuran televisyen mereka lebih besar dari rumah orang lain. Mereka sukakan gossip murah dan siapa artis pujaan. Orang kaya beranggapan bahawa hiburan pada mereka adalah ilmu pengetahuan, mereka suka membaca dan hadir kelas untuk tambah ilmu pengetahuan. Mereka menghabiskan masa untuk membaca dan perpustakaan mereka lebih besar dari televisyen yang mereka ada.

Sumber gambar : Google
  1. Mencetak Generasi Rabbani

Penulis : Ummu Ihsan & Abu Ihsan al-Atsari

Sinopsis : Bicara soal anak, kita semua punya keinginan yang sama. Sewaktu anak itu lahir kita ingin ia tumbuh sehat dan lucu (comel). Demi itu, kita tak segan keluar tenaga dan biaya. Tapi ingat! Sehat dan lucu saja belum cukup.

Kita ingin anak itu tumbuh cerdas dan mengukir segudang prestasi. Demi harapan itu, kita rela menguras otak dan mengerahkan segala usaha. Tapi ingat! Cerdas dan berprestasi saja juga belum cukup.

Kalaulah sekarang kita mendapatkan apa yang kita mau. Anak kita tumbuh sehat dan lucu, cerdas dan mengukir segudang prestasi, akankah itu berguna bagi kita di dunia dan akhirat?

Sebagai orang tua, kita harus berbekal ilmu yang memadai.

Tidak berlebihan kiranya jika dikatakan ilmu pendidikan anak adalah cabang ilmu khusus yang harus dikuasai setiap orang tua bahkan sebelum mereka berpredikat sebagai orang tua.

Buku ini membahas ilmu mendidik anak, mulai dari lahir hingga dewasa. Dikupas secara mudah dan lengkap. Semoga buku ini dapat membantu para orang tua dalam mendidik anak-anak mereka menjadi anak yang shalih dan shalihah. Amin.

Sumber gambar : Google

 

Antara buku lain yang boleh dibaca oleh pengantin baru dan bakal pengantin ialah Rahsia Pengantin Baru, Haqq-Haqq Laki Bini, Kitab Adab Perempuan, Gadis Bestari, Q & A Rumah Pertama Kita, Urus Rumah With Hani, Kita Berkahwin Untuk Apa? dan banyak lagi. Semoga bermanfaat !

P/s : Pengantin lama juga sesuai baca buku-buku ini 😉 Manakala buku-buku kewangan pula boleh dibaca bagi anda yang belum merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat. Mulakan lebih awal, lebih baik.

 


Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca


Konfess Buku
Konfess Buku
Articles: 2