Ulasan Buku : Ya Allah, Jangan Biarkan Aku Sendiri

‘Ya Allah, Jangan Biarkan Aku Sendiri’

Aku memilih buku ni daripada empat buku terbaharu Ustazah Asma Harun kerana tertarik dengan tajuknya. Untuk mereka yang sedang atau pernah menjadi pelajar pascasiswazah sahaja faham betapa ‘lonely’ perjalanan ni. Kalau anda mampu, bolehlah berjaya sehingga penamat. Andai sebaliknya, hanguslah duit yuran yang dibayar.

Dalam buku ni, benarlah telahan aku bahawa buku ni cukup sesuai dengan mereka yang merasa diri keseorangan. Antara topik yang pasti diperkatakan bila bercakap tentang keseorangan adalah  jodoh. Memang fitrah semua orang untuk berpasangan. Nabi Adam yang berada di syurga pun kesunyian hinggalah dijadikan Hawa sebagai pasangannya.

Tetapi bagaimana dengan mereka yang mencari jodoh sampai ke sudah tak jumpa-jumpa? Ada yang dah jumpa tetapi tak mendapat restu keluarga. Ada yang dah dapat restu keluarga tetapi hati pula tak berkenan. Ada yang dah berkenan dan mendapat restu keluarga tetapi terpisah di tengah jalan. Sama seperti kematian, jodoh ni akan tiba tepat pada waktunya. Tidak dilambatkan ataupun diawalkan. Apa yang perlu kita lakukan adalah terus bersangka baik dengan Allah.

Selain jodoh, buku ini juga mengajar kita agar sentiasa tenang dan tidak bersedih. Caranya adalah dengan mengingati Allah. Selari dengan firman-Nya dalam surah al-Rad, ayat 28,”…dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.” Ketahuilah bahawa Allah sentiasa ada bersama-sama kita seperti yang tertulis dalam surah al-Baqarah, ayat 186, “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan doa mereka yang berdoa apabila mereka memohon kepada-Ku…”


Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca


Ismy_Haziq
Ismy_Haziq

Dilahirkan di Selangor, membesar dan menetap di Pulau Pinang, menduduki SPM di Pahang dan melanjutkan pelajaran di Unimas, Sarawak (sains hayat dan ijazah sains kognitif). Kini, si faqir meneruskan perjuangan ke peringkat sarjana (sains pembelajaran) di Unimas, Sarawak.

Si faqir aktif dalam kegiatan kesukarelawanan dan aktiviti membedah buku sehingga menubuhkan satu grup penggemar buku, Ulet Bookku.
http://www.instagram.com/ulet_bookku/
http://www.facebook.com/uletbookku/

Articles: 2