Selamat Datang Ke Laman Web Konfess Buku
Ulasan Buku : Wanita
Buku yang bertajuk “WANITA” ditulis oleh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi di terjemahkan oleh Mohd Naqib bin Hamdan (Ijazah Sarjana Muda Syariah Universiti al-Azhar Calon PhD universiti Malaya) diterbit dan dicetak oleh Santai Ilmu Publication sebuah buku yang memotivasikan dan menjelaskan peranan wanita pada zaman kini dari sudut pandangan Islam.
Buku ini sangat bermanfaat dan senang untuk dihadam kerana penjelasannya yang ringkas tetapi padat dengan ilmu. Walaupun hanya 186 halaman tetapi penulis memuatkan beberapa bab yang menarik untuk tatapan para pembaca.
Wanita zaman kini bukan lagi seorang yang lemah dan terlihat hanya sebagai hamba tetapi wanita zaman kini sudah mula mengorak langkah lebih maju ke hadapan. Justeru itu, disamping kemajuan dan perkembangan dunia peranan dan tanggungjawap wanita juga semakin besar bukan hanya duduk di rumah dan berada di dapur tetapi lebih daripada itu.
Bagaimana menyingkapi peranan wanita agar sesuai tuntunan syarak tidak melebihi daripada garis yang telah ditetapkan hukum? Adakah wanita juga boleh bergaul dalam masyarakat? Persoalan ini akan terjawap pada bab akhir halaman 163. Penulis juga memuatkan kisah-kisah wanita hebat yang Allah sebutkan di dalam Al-Qur’an untuk menjadi pedoman dan pembuktian bahawa Allah ta’ala mengangkat darjat wanita di dalam Islam sehingga dinukilkan kisah-kisah mereka di dalam Al-Qur’an Al-karim.
Islam menjadikan wanita solehah sebagai sebaik-baik harta di dunia seperti mana dalam hadits Rasulullah s.a.w :
“Tidakkah kamu mahu aku beritahu apakah harta yang paling bernilai bagi seseorang? Wanita yang solehah. Jika kamu melihatnya, kamu akan rasa senang hati. Jika kamu menyuruhnya, dia akan mentaatinya (suaminya). Jika kamu pergi, dia akan memelihara (dirinya). (Hadis riwayat Abu Daud, dari ibnu Abbas r.a di dalam Az-Zakah(2/1664), Al-Hakim menshahihkannya(2/333), dan disepakati oleh Az-Zahabi)
Sebagai wanita, saya menyarankan agar memiliki buku ini selain dapat menambah ilmu buku ini juga boleh dijadikan sebagai pembakar semangat jika terasa lelahnya kehidupan seakan tersungkur tiada tujuan fahamilah dengan minda dan terapkannya dengan dorongan hati yang utuh.
Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan buku ini bolehlah berkunjung ke Page Facebook Santai Ilmu Publication dan Pustaka Ilmu Sunnah. Atau terus kepada website www.santaiilmu.com.
Berminat untuk siarkan ulasan buku anda ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.
Jangan lupa untuk Like / Follow Konfess Buku di :
Facebook : Facebook.com/konfessbuku
Instagram : Instagram.com/konfessbuku
Twitter : Twitter.com/konfessbuku
#konfessbuku
#MalaysiaMembaca