Selamat Datang Ke Laman Web Konfess Buku
Ulasan Buku : Wanita Muliamu Kerana Islam
Ramai beranggapan dan melihat cuma dari satu sisi sahaja sehinggakan timbul pemikiran yang rusak dan fitnah yang besar mengenai kedudukan wanita dalam islam. Pemikiran yang di bawa oleh golongan yang sesat mengatakan bahawa wanita islam tidak di hormati dan martabat mereka begitu rendah sekali. Justeru itulah muncul pejuang hak-hak wanita dan kesamarataan gender dari negara-negara timur yang sering melaungkan dan menuduh Islam adalah musuh bagi wanita.
Bagi mereka Islam menjatuhkan taraf dan kehormataan wanita, Islam menghancurkan perasaan wanita yang ingin berbangga dengan keperibadiaannya. Bahkan pemikiran semacam ini telah meresap masuk ke dalam fikiran wanita muslimah zaman ini. Sangat menyedihkan! tetapi itulah hakikat yang harus ditelan, begitu banyak sekali tomahan-tomahan yang dilemparkan kepada kaum wanita muslimah sehinggakan tidak sedikit yang melepaskan pakaian keimanan dan ketaqwaan mereka demi memenuhi kehendak peredaran masa dan tuntutan manusiawi semata.
Benarkah Islam begitu merendahkan wanita? Dengan membataskan setiap penjuru pergerakan wanita? Inilah yang akan di kupas di dalam naskhah ini !
Segala persoalan dan buah fikiran mulai bertebaran menginginkan jawapan yang pasti bukan? Namun persoalan tidak mungkin terjawap tanpa ada gerakan tubuh yang mulai melangkah mencari kebenaran dan menyingkapi setiap keraguan yang timbul di benak fikiran.
Ayuh, memiliki nashkah ini segera! Dengan harga Rm14 sahaja. Penulisan yang sangat bermanfaat, tidak rugi memilikinya. Kerana penulis menyajikan pembaca dengan maklumat yang sangat berharga buat para wanita khususnya. Jika berminat bolehlah mendapatkan di kedai shoppe mustread.com atau di kedai buku berhampiran anda.
Setiap sudut penulisan diperincikan dengan dalil Al-Quran dan Hadis sebagai bukti yang kukuh bagaimana islam memperlakukan wanita, bagaimana maruah wanita muslimah dijaga dan dihormati, Islam mengangkat darjat wanita dari kehinaan dan penindasan berbeza dengan wanita-wanita jahiliah yang kehormatan mereka dirobek dan diperhambakan tanpa melihat mereka sebagai insan bernyawa yang mempunyai perasaan yang perlu dilindungi dan dihormati selayaknya.
Apa yang terbentang dihadapan kita hari ini hanyalah fakta yang dimanifulasi oleh musuh-musuh islam sedangkan hakikatnya sejarah telah membuktikan bagaimana wanita diperlakukan sejak zaman berzaman, namun kurang sekali yang mengetauhi dan mengambil pelajaran dari kisah terdahulu.
Yang menarik dalam buku ini adalah pada muka surat 13 penulis membentangkan bagaimana setiap wanita diperlakukan mengikut setiap bangsa di seluruh dunia. Mungkin tidak ramai yang mengetauhi fakta ini tetapi inilah hakikat yang seharusnya dibentangkan kepada umum dan sekaligus dapat membuka mata ramai pihak.
Sejatinya wanita itu ketika ia mendalami tentang dirinya sendiri, menjelajah setiap sudut sejarah untuk memahami agar tidak terbawa arus peralihan zaman yang menghanyutkan dan menghancurkan maruah.
Bebaskan pemikiran yang terbelenggu dengan pengertian sejarah yang tersembunyi. Raih atau terus menerus menafikan? Semua terpulang pada diri sendiri !
Selamat menikmati nashkah ini.
Berminat untuk siarkan ulasan buku anda ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.
Jangan lupa untuk Like / Follow Konfess Buku di :
Facebook : Facebook.com/konfessbuku
Instagram : Instagram.com/konfessbuku
Twitter : Twitter.com/konfessbuku
#konfessbuku
#MalaysiaMembaca