Ulasan Buku : Travelog Tragis New York

Merupakan sebuah novel remaja yang mengisahkan pengembaraan Muiz, kakaknya, Ayu dan sepupu mereka Safwan di bumi Amerika Syarikat. Banyak tempat menarik yang mereka lawati sepanjang keberadaan mereka di sana seperti Perkampungan Amish, Hayloft Candles and Petting Zoo (zoo mini), City Hall, Statue of Liberty dan lain-lain lagi.

Banyak fakta menarik berkenaan Amerika Syarikat turut dimuatkan di dalam novel ini seperti budaya dan kepercayaan masyarakat di Perkampungan Amish yang enggan menggunakan teknologi moden dan hanya memakai baju yang dijahit sendiri. Wanitanya pula tidak boleh memakai pakaian bercorak dan barang kemas.

Penulis juga turut menyelitkan cadangan tempat menarik untuk dilawati di sana. Bagi yang gemar membeli-belah barangan berjenama, ada dinyatakan nama kedai dan pusat beli-belah yang menjual barangan tersebut dengan harga berpatutan.

Pengembaraan mereka diteruskan sehingga ke destinasi terakhir iaitu New York. Namun, keterujaan mereka menjelajah bandar tersebut hilang selepas terjadinya satu kejadian yang tidak disangka-sangka sehingga meninggalkan trauma di dalam diri masing-masing.

Penulis menggunakan bahasa yang mudah difahami, ayatnya ringkas namun masih menggunakan tatabahasa yang betul. Amat sesuai dibaca oleh para remaja dan juga dewasa.


Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca


Ana Reads
Ana Reads
Articles: 7