Ulasan Buku : Travelog Haji – Mengubah Sempadan Iman

“Mekah tidak seperti London, Amsterdam, Paris, ataupun New York. Mekah adalah tempat bagi pendosa yang dambakan syurga. Tidak ada satu bandar raya yang mampu memberi perasaan ‘aman’ selain Madinah dan Mekah”

Perjalanan seorang Profesor, isterinya, adik perempuan dan kakak perempuannya yang menunaikan ibadah Haji (Tamattuk). Profesor yang jahil dalam bab agama menunaikan ibadah haji kerana mahu membuktikan kesyukurannya kepada Allah yang telah memakbulkan doanya untuk dinaikkan pangkat kepada ‘Profesor’.

Pengembaraan yang menginsafkan, cerita-cerita yang menyentuh, perkongsian yang penuh ibrah. Langsung tidak membosankan. Lebih-lebih lagi, merupakan sebuah penulisan yang ringan kerana ia sebuah perkongsian yang ikhlas dari lubuk hati seoarang yang mengaharapkan keampunan Ilahi. Memang apabila di baca, nak tahu dan terus nak tahu.

Prof. dapat menjelaskan suasana pada tempat-tempat yang dikunjunginya dan setiap persinggahan yang dijejaki sekeluarga menggamit hikmah dari Ilahi. Sungguh, kita yang tak pernah pergi terbawa-bawa untuk kesana. (Insya Allah in one day)

Buku Travelog Haji telah dibaca lebih dari 1 juta orang yang majoritinya mereka yang mahu berlepas ke sana. Sungguh, Travelog Haji sebuah buku yang ‘evergreen’ dan takkan jemu dibaca berulang kali.

Kesungguhan Prof. sekeluarga untuk memburu kebaikan, keberkatan, pengampunan, dan rahmat Ilahi di kota suci nyata menyentuh hati pembaca. Itulah yang menyebabkan saya suka sangat dekat buku ini.

Prof. pasti berdoa setiap sesuatu yang dihajati walaupun pada perkara-perkara yang kecil. Mereka pulun untuk mendapatkan redha Ilahi. Tindakan itulah yang mampu mengubah sempadan masa dan iman seorang hamba.

Tahniah Prof. Saya sangat bersyukur atas perkongsian cerita yang penuh ibrah dan hikmah. Ya, buku ini ialah untuk mereka yang belum, sedang, dan telah pergi ke sana. Akhir kata, Travelog Haji sebuah buku yang ditulis dengan tinta keikhlasan. Insya Allah. Astagfirullah.


Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca


Mohamad Aslam Arif
Mohamad Aslam Arif
Articles: 1