Ulasan Buku : Terusir

Buku ini telah sekian lama ada dlm whislist sy sejak terbaca beberapa review dari pembaca lain di instagram mahupun di facebook. Sedikit sebanyak telah menarik minat yg akhirnya sy beli tanpa fikir panjang dan hasilnya telah merobek² jiwa sy terhadap hasil karya Buya Hamka ini 😢

Terusir, tajuk yg sesuai dgn kisah yg dipersembahkan. Mariah adalah wanita yg malang nasibnya dan beberapa kali telah diusir sepanjang hidupnya. Seterusnya Mariah terpaksa ke lembah hina untuk sesuap nasi utk meneruskan kehidupan yg sebatang kara.

Dipermulaan cerita, Mariah telah diusir oleh suaminya (Azhar) yg telah termakan oleh hasutan dan juga fitnah dari keluarganya dan terpaksa dipisahkan dgn anaknya.10 tahun mereka mendirikan rumahtangga dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Sofyan. Sepanjang perkahwinan mereka, keluarga mertua tidak menyukai dirinya kerana jurang perbezaan darjat antara mereka. Pelbagai fitnah dan tuduhan dilontarkan kpd Mariah tanpa dpt bersuara utk mempertahankan dirinya-dikatakan Mariah seorang perempuan jahat.

Setelah diusir oleh suaminya, Mariah mencari tempat berteduh di rumah pakciknya (sahabat arwah ayahnya) tetapi isteri pakcik tersebut terlampau cemburu-risau jika Mariah merampas suaminya dan menuduh Mariah mencuri barang kemasnya lalu diusirnya keluar dari rumah tersebut. Sekali lg Mariah diusir dgn hina 😢

Mariah bingung harus ke mana dia ingin membawa diri. Sudahla tidak mempunyai keluarga,kenalan pun tidak ada. Dia pergi dari rumah ke rumah utk mencari pekerjaan demi menyara kehidupanya yg sehelai sepinggang. Akhirnya dia bertemu dgn keluarga Belanda yg kaya raya. Makan minum dan tempat tinggalnya terpelihara selama 5 tahun dia berkhidmat sebagai pembantu rumah. Akhirnya,dia terpaksa berhenti kerana keluarga Belanda itu akan berhijrah ke Eropah.

Mariah berkahwin lg sekali dgn teman sekerjanya yg sama2 berkhidmat dgn keluarga Belanda tersebut selepas penghijarahan mereka ke Eropah. Mariah menerima lamaran lelaki tersebut lantaran dia tiada tempat bergantung dan tempat tinggal. Dia berharap suami barunya itu akan memelihara dirinya tetapi hampa kerana suaminya cuma mahu harta yang dia simpan sepanjang kerja disitu. Habis barang kemasnya dijual oleh lelaki itu. Sekali lg, Mariah diusir oleh suaminya itu kerana hartanya telah kehabisan dan tidak dpt memberikan manfaat kpd lelaki itu.

Mariah terpaksa mencari kerja lain utk menanggung dirinya dan akhirnya dia memilih utk masuk ke rumah pelacuran akibat desakan hidup dan gelaran Maria tidak didengar lagi lantaran dia telah menukar namanya kpd Neng Sitti 😭

10 tahun kemudian, anaknya Sofyan telah berjaya dlm hidup dan menjadi seorang peguam. Nama anaknya merata di keratan akhbar dan menjadi perbualan masyarakat. Kerinduan Mariah pd anaknya makin menebal dan terpaksa dipendam utk menjaga nama baik anaknya itu lantaran dirinya adalah seorang pelacur dan perempuan hina. Saban hari dia dpt melihat anaknya dari jauh shj tetapi jauh disudut hati dia teringin membelai anaknya itu.

Suatu hari Mariah terdengar pertengkaran antara seorang wanita dan lelaki(Wirja) didlm sebuah bilik di rumah pelacuran. Setiap bait² pertengkaran itu,Mariah tertangkap nama anaknya Sofyan yg menjadi perbualan antara mereka. Setelah perempuan itu keluar dari bilik, Mariah mengambil kesempatan utk mendekatkan diri dgn Wirja dan mengorek segala ketidakpuasan hati lelaki tersebut sehinggalah dia terpaksa mengakui yg dirinya adalah ibu kpd Sofyan. Peluang ini diambil oleh Wirja utk menjatuhkan reputasi Sofyan kerana rupanya ibu musuhnya adalah seorang perempuan hina. Pergelutan berlaku antara mereka apabila Mariah merayu tidak memalukan anaknya tetapi Wirja ingkar yg akhirnya membawa kpd pembunuhan dirumah hina.

Mariah disabitkan kesalahan membunuh dgn sengaja dan secara kebetulan seorang peguam telah dilantik utk menjadi peguambela kes itu-anaknya sendiri,Sofyan. Sepanjang mereka berjumpa utk menyelesaikan kes itu,Mariah sedikit pun tidak mengakui yg dirinya adalah ibu kpd Sofyan takut² anaknya tidak boleh menerima keadaan dirinya. Dibukukan perasaannya itu sehinggalah kes perbicaraan mereka berlangsung. Kehadiran Azhar di mahkamah tersebut utk menyaksikan anaknya buat pertama kali telah mengejutkan dirinya-rupanya kes yg diambil anaknya itu adalah kes bekas isterinya. Sepanjang sebutan kes tersebut,Mariah sekali lg merahsiakan identitinya dan Sofyan “bertarung” sehabis baik utk membela nasib Mariah dihadapan Hakim.

Selesai perbicaraan,sementara menunggu keputusan Hakim terhadap hukuman Mariah, Sofyan memanggilnya “ibu”-sudah lama tidak merasa kasih seorang ibu dan menganggap Mariah seperti ibunya sendiri. Bgnya,Mariah mempunyai hati nurani yg sgt baik. Permintaan Mariah sebelum ajalnya dijemput adalah utk mencium kening Sofyan buat kali terakhir telah tertunai walaupun ketika itu Azhar berada disamping Sofyan-mereka seolah² tidak mengenali antara satu sama lain. Mariah pergi dgn tenang sebelum sempat Hakim memberi kata putus terhadap hukumannya.

Setahun kemudian, Azhar pula telah jatuh sakit. Di saat² akhir hidupnya,dia memanggil Sofyan utk merungkai segala rahsia antara dia dan juga Mariah dan berharap Sofyan akan memaafkan dirinya sebelum dia pergi dgn tenang. Sofyan terkejut bahawa perempuan tua yg yg dibelanya dulu adalah ibunya sendiri. Sedikitpun dia tidak merasa dendam terhadap ayahnya malah dia faham benar mengapa semua ini terjadi. Azhar menyesal atas perbuatannya sehingga membiarkan isterinya hidup terkontang kanting tanpa halatuju malah hidup perempuan itu hancur binasa.

Mariah, Azhar, Sofyan dalam Terusir. Sgt rekemen dan sy beri 5 bintang atas karya Buya Hamka ini. Peringatan ! Sediakan tisu,anda bkn shj sebak malah akan mengeluarkan airmata juga.


Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca


Nor Shuhada
Nor Shuhada
Articles: 32