Selamat Datang Ke Laman Web Konfess Buku
Ulasan Buku : Syonara Jahiliah
Judul : Syonara Jahiliah.
Penulis : Muharikah.
Penerbit : Iman Publication.
Format : Kulit Nipis.
Halaman : 72
ISBN : 978 983 2423 08 9
Harga : RM 10.00
Bismillah hirrahman nirrohim.
Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT kerana telah mengirimkan saya seorang sahabat yang mulia dan sudi menghadiahkan sebuah buku yang bertajuk “Sayonara Jahiliah” ini kepada saya. Buku ini telah dikarang oleh Muharikah. Diterbitkan Iman Publication. Ada 72 muka surat. Mempunyai 7 bab. Dan harga mampu milik RM10.00 senanskah.
Saya suka baca buku ini. Semakin dibaca berulang-ulang, semakin faham akan isi yang disampaikan oleh penulis. Ianya memberi penjelasan tentang apa itu jahiliah. Bagaimana hendak meninggalkan jahiliah. Dan cabaran selepas meninggalkan jahiliah.
Membaca buku ini benar-benar telah membuka minda dan keterbukaan hati saya. Sentap dan memberi inspirasi. Membuatkan seseorang itu menyedari akan dimana keberadaan dirinya saat ini. Setelah dijelaskan panjang lebar tentang sikap orang-orang jahiliah zaman dahulu dan sekarang, maka hadirlah beberapa rasa kesedaran dalam diri. Sikap kita terhadap sesuatu adalah berdasarkan pengetahuan kita.
Dalam buku ini juga, penulis memuatkan beberapa ayat Al-Qur’an dan juga Hadis serta pendapat Ulama dan para Sahabat Rasulullah SAW, demi mengukuhkan lagi hujah yang telah beliau sampaikan buat para pembaca. Salah satu kata-kata dari sahabat Rasulullah SAW : “Al-Haq (kebenaran) itu berat namun lazat kesannya. Sedangkan kebatilan itu ringan namun buruk kesannya. Betapa banyak syahwat sesaat yang mewariskan kesedihan yang berpanjangan.”(Abdullah bin Mas’ud). Buku ini lebih kepada penerangan tentang kejahilan. Merangkumi semua bentuk kisah jahiliah. Mendorong semua insan agar terus melawan kejahilan dengan membenarkan kebenaran agar setiap insan mampu meneruskan perjuangan menuju kebaikan.
Setelah selesai membaca buku ini. Banyak ilmu baharu yang dapat saya perolehi. Sebab itulah para sahabat Rasulullah SAW menjadikan Al-Qur’an dan As-Sunnah sebagai manhaj. Ayat Al-Qur’an yang saya petik dari buku, Firman Allah SWT maksudnya : “Dan kami telah tunjukkannya dua jalan (jalan kebajikan dan jalan kejahatan).”(Surah Al-Balad 90:10). Masya’Allah. Itulah sebabnya kenapa kita perlu banyak membaca buku-buku yang positif dan membina. Tidak kisah buku apa pun. Asalkan yang dapat memberikan ilmu dan pengetahuan yang jelas. Mengeluarkan seseorang dari kejumudan. Begitulah juga buku ini. Penulis banyak menerangkan tentang banyak kejahilan yang masih berleluasa dan jalan keluar dari kejahilan tersebut.
Pesan saya, jadikan buku ini sebagai bahan bacaan dan rujukan untuk berhijrah. Tidak kira lelaki mahupun perempuan. Kerana buku ini mesti dimiliki oleh sesiapa sahaja insan yang benar-benar mahu berubah dan ingin keluar dari kejahilan. Buku yang nipis namun mampu memberi seribu keinsafan dan kesedaran bagi mereka yang mudah tersentuh.
Jom jadikan buku ini sebagai sahabat sejati juga. Tambah koleksi buku anda. Peneman pergi kemana sahaja. Pemberi semangat dikala merasa jatuh. Pemberi nasihat dikala tersasar jauh. Selamat berhijrah !
Lila Roselily Madais
(Pena Si Penulis)
Berminat untuk siarkan ulasan buku anda ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.
Jangan lupa untuk Like / Follow Konfess Buku di :
Facebook : Facebook.com/konfessbuku
Instagram : Instagram.com/konfessbuku
Twitter : Twitter.com/konfessbuku
#konfessbuku
#MalaysiaMembaca