Ulasan Buku : Strong Mothers Strong Son

👫 REVIEW 👫

Ada tak di antara rakan-rakan saya di sini yang mempunyai anak lelaki? Jika ya jawapan anda, sila baca ulasan ringkas ini. Jika tidak mempunyai anak lelaki, tidak mengapa kerana buku ini juga boleh dipraktikkan oleh para isteri untuk memahami sang suami 😄

👫Jika ada yang belum tahu, cinta pertama anak lelaki adalah ibunya, maka bg setiap ibu sepatutnya mereka tidak perlu merasa gelisah dan cemburu apabila anak mereka telah menemui wanita yang mereka cintai. Hakikatnya, cinta seorang anak dan ibu tidak akan dapat dipisahkan.

👫Ada beberapa bab yang menarik perhatian saya adalah mengenai emosi seorang anak lelaki. Jika kita mempunyai anak perempuan, sudah tentu kita akan dapat memahami apa yang perempuan inginkan tetapi sebaliknya bg lelaki kerana fitrah lelaki tidak sama dgn perempuan. Walaupun kita melihat anak lelaki seperti tidak memerlukan lagi seorang ibu ketika mereka meniti usia akil baligh, sejujurnya jauh di dalam diri mereka, mereka sgt memerlukan seorang ibu sbg pembimbing tetapi ego mula menguasai diri. Sbg ibu, kita seharusnya bijak dlm memainkan peranan supaya anak lelaki tidak merasakan mereka seolah-olah 100% bergantung dgn mereka. Mereka juga lebih suka meluahkan segala isi hati kepada ibunya berbanding bapa kerana ibu memiliki sifat penyayang dan memahami malah dgn ibu jugalah mereka byk menghabiskan masa dari kecil lagi berbanding dgn bapa.

👫Seterusnya, anak lelaki jika diikutkan kajian mereka lebih susah untuk meminta maaf setelah membuat kesalahan begitu juga dgn lelaki dewasa. Sbg seorang ibu, ajar anak tentang sifat kemaafan kerana mereka perlu sedar bahawa memberi maaf pd seseorang bukan bermaksud kita sedang kalah bahkan memohon maaf juga akan membuatkan jiwa kita lembut dan tenang.

👫Secara amnya, kebanyakan lelaki dewasa mendambakan wanita/isteri yg sama seperti ibu mereka jika sewaktu kecil mereka telah diberi sepenuh kasih syg drpd ibu. Dan kebanyakan wanita juga sedang menjadi ibu kepada suamim. Inilah hakikatnya secara semulajadi. Wanita adalah pengasuh. Apabila dtg seorang lelaki dlm hidup, kita akan menjadi pengasuh mereka utk mendengar segala keluhan dan membuatkan hidup mereka lebih bermakna.

👫 Di dalam buku ini juga, ada mengutamakan tentang penekanan mengajar anak mengenai sebuah harapan selepas habis daya berusaha. Perlu diingat juga, ada kejayaan tidak semestinya ditemui pd setiap pengakhiran dan kegagalan bukanlah kehancuran hidup. Sbg seorang ibu, kita harus terus menerus menyokong mereka dan memberikan pelbagai nasihat berguna samada ianya baik atau tidak buat mereka dari pelbagai sudut.


Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca


Nor Shuhada
Nor Shuhada
Articles: 32