Ulasan Buku : Sonata Rindu

Sonata rindu adalah himpunan cerpen dari 29 penulis yang diselenggarakan oleh Projek Menulis atau Puan Norsazlizawati Md Ali. Diterbitkan oleh Syahida Hassan Enterprise. Mengandungi 225 muka surat dan berharga rm30 sahaja.

Untuk mendapatkan buku Sonata Rindu bolehlah terus berhubung dengan penerbit semantara stok masih ada.

Apa yang menarik dalam cerpen bertemakan rindu ini adalah :

1. Mengimbau kisah lalu bersama orang tersayang, yang ada di antaranya yang telah pergi menghadap Illahi, ada pula yang berjauhan akibat kekangan pergerakan yang terhad di musim pandemik yang melanda dunia.

2. Merasai kemanisan berkasih sayang antara sesama manusia walaupun hanya dapat dirasai melalui bacaan semata, banyak kisah dalam cerpen ini yang membuai emosi, rasa sedih akibat kehilangan dan rasa bahagia dengan sebuah pertemuan meleraikan rindu yang terpendam.

3. Mengajar erti syukur, sabar dan redha dalam menghadapi kehidupan, apa yang kita miliki hanyalah bersifat sementara kerana itu hargai sebaiknya sementara masih diberi peluang. Semoga kelak akan menjadi memori indah yang akan dikenang.

Himpunan kisah yang pasti akan membuat para pembaca turut merasai rasa rindu, tentang masa lalu yang telah lama berlalu atau tentang rindu yang tidak dapat didendangkan.

Setiap orang dengan kisah kerinduan yang panjang, ada yang dapat bertemu ada juga yang hanya mampu mengirimkan doa dari kejauhan.


Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca


Aishah Nerina
Aishah Nerina

لا يشكر الله من لا يشكر الناس

Articles: 47