Ulasan Buku : Simfoni Cinta

Assalam. Hi aku Khairul. Okay kali ni aku cuba tulis sedikit tentang buku yang aku baru habis baca ni ha. Tajuk buku ni ialah Simfoni Cinta karya Hilal Asyraf. Mungkin ramai yang dah kenal dengan penulis buku ni sebab bagi aku, buku-buku beliau dah banyak terdapat dalam pasaran buku-buku Malaysia. Hilal Asyraf ialah seorang siswazah Usuluddin dari Yarmouk University, Jordan. Beliau bekerja di syarikatnya sendiri; Hilal Asyraf Resources. Dulu aku follow jugak website beliau; LangitIlahi.com. Rasanya website beliau sekarang ialah HilalAsyraf.com. Penerbit buku Simfoni Cinta ialah LangitIman Resources. Dan buku ini mula berada di pasaran pada tahun 2012. Lama dah aku beli buku ni dulu. haha.

Melalui buku ini, apa yang Hilal Asyraf nak ketengahkan ialah berkaitan CINTA. Yup, buku bergenre cinta. Oh ya, ini cerpen ya. Bukan novel. Jadi, ada dalam 20 cerpen yang penulis dah karang dan kumpulkan dalam buku ini. Penulis kata buku ini ialah kumpulan cerpen pertamanya yang mengangkat secara penuh tema cinta. Semacam percubaan pertama lah ya. Apa yang menariknya, buku ini cuba memaparkan kepelbagaian cinta yang merangkumi cinta diri, cinta kekasih, cinta kawan-kawan, cinta keluarga, cinta agama, cinta nabi dan cinta Allah. Pelbagai ragam cinta yang bergerak dengan keseragaman yang sama; kesegaraman Islam.

Kalau anda pernah mengikuti penulisan novel-novel Hilal Asyraf yang lalu, anda akan dapat bernostalgia tentang beberapa cerita dan watak yang pernah singgah dalam dunia pembacaan anda sebelum ini. Dan basically, cerpen-cerpen penulis dalam buku ini banyak diserapkan dengan fikrah atau pemikiran yang dipupuk melalui usrah dan gerakan Islam.

“Kalau benar cinta, mesti hendak bersama-sama ke syurga. Dan apa-apa yang membawa ke neraka bukan cinta namanya.”

Jadi, cinta yang dibawa dalam buku ini tidak hanya tertakluk pada jalur cinta klise yang biasa didedahkan kepada kita semua. Walau bagaimanapun, unsur-unsur sweet tetap ada sebagaimana perlunya makanan dan minuman kepada gula. hahah.

Cumanya, aku tak dapat nak elak dari rasa awkward dalam beberapa scene kemesraan yang cuba ditonjolkan penulis dalam sesetengah cerpennya. Well, ni kan percubaan pertama penulis. So aku pikir takpa la. Lagi pun, bila perlahan-lahan kita cuba baca satu-satu cerpen dalam buku ni, naturally kita akan cuba adapt dengan genre cinta Islamik yang disajikan penulis sebagai usaha untuk habiskan pembacaan dan cungkil seberapa banyak manfaat yang kita boleh dapat.

Apa-apa pun, bak kata Hilal Asyraf;

“Cinta Allah itu luas. Kepada sesiapa yang mahu berpikir dan merendahkan jiwa untuk melihat. Ibarat satu lagu indah tanpa henti. Hingga penghujung hayat, cinta Allah itu bersama diri. Simfoni teragung, bagi yang melihat dengan mata hati.”

Bagi aku pulak, inilah buku Simfoni Cinta. Kumpulan cerpen cinta. Untuk peminat-peminat genre cinta Islamik (cinta lepas nikah, cinta diri sendiri, cinta mak ayah, cinta kawan-kawan, cinta agama, cinta nabi, cinta Allah). Bagi yang kurang bergaul dengan cerita bergenre cinta, lagi-lagi cinta Islamik…banyak genre lagu yang ada dalam favourite list yang kita selalu dengar, sesekali layan nasyid apa salahnya, kan. We reap what we sow.

Sekian.


Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca


Khairul Anuar Abdul Razak
Khairul Anuar Abdul Razak

a noob reader, therefore a noob writer ✌🏼

facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=100001328036465

Articles: 10