Selamat Datang Ke Laman Web Konfess Buku
Ulasan Buku : Setia Dengan Kebenaran
“Perjalanan hidup ini menguji kesetiaanmu terhadap asal kelahiran dan penghujung kehidupan yang pasti, tiada keraguan…”
(Hasrizal Abdul Jamil : Setia Dengan Kebenaran)
Setia dengan kebenaran menghantar mesej kepada pembaca bahawa kehidupan ini memerlukan penelitian yang panjang dan berterusan. Tidak bermudah-mudah mengambil sesuatu ilmu pengetauhan ataupun menolak mentah-mentah tanpa diselidik secara mendalam.
Banyak yang dapat pembaca kutip dari naskhah ini berupa pengalaman, penilitian, pandangan, serta nasihat yang menghantarkan pembaca kepada konsep berfikir yang benar. Lebih berhati-hati dalam berkata-kata dan bertingkah laku.
Menghimpunkan topik yang menarik, sisi pandangan yang dapat mencerna buah fikiran bagi generasi muda alaf baharu masa kini. Secara jujurnya saya sangat suka karya-karya penulis, dan naskhah ini adalah karya beliau yang ketiga saya baca, selepas Rindu bau pohon tin dan Jalan sehala. Antara buku travelog terawal yang menarik minat saya membaca dan menerokai alam bacaan dari satu sisi berbeza.
Bacaan bertahap, bagi memberi ruang kepada minda untuk memahami setiap mesej yang ingin di sampaikan kepada pembaca. Naskhah yang menghimpunkan 346 muka surat ini, disusun menjadi lima bahagian.
Bacalah mengikut kemampuan, atau pilih bab yang lebih mudah difahami, sebagai langkah mudah menghabiskan bacaan.
Di akhir naskhah penulis mengajak pembaca sama-sama merenungi peristiwa-peristiwa lampau sebagai peringatan dan mengambil iktibar. Kerana sifat manusia yang mudah lupa, kerana itu perlunya peringatan atau nasihat yang berterusan.
Akhir kata kepada pembaca, selamat meneroka dan selamat membuka minda!
Berminat untuk siarkan ulasan buku anda ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.
Jangan lupa untuk Like / Follow Konfess Buku di :
Facebook : Facebook.com/konfessbuku
Instagram : Instagram.com/konfessbuku
Twitter : Twitter.com/konfessbuku
#konfessbuku
#MalaysiaMembaca