Ulasan Buku : Semusim Di Barzakh

FAYYADH adalah seorang lelaki yang gemar bersosial dan berasal dari Kuala Lumpur. Dia belajar di Terengganu dan menyembunyikan identitinya sebagai seorang yg kuat bersosial daripada rakan-rakannya di sana bahkan dia juga meminati seorang gadis muslimah bernama Humairah. Masa silih berganti dan mereka semua telah tamat pengajian dan masing-masing mempunyai kehidupan serta kerjaya. Suatu hari mereka mengadakan reunion di Terengganu dan kelibat Humaira tidak kelihatan menjadi tanda tanya kepada Fayyadh dan mereka mengatakan Humaira bunuh diri beberapa tahun yg lepas. Fayyadh segera pulang ke resort kerana khabar yg didengarinya ini tidak menyenangkan hati.

Setibanya di resort, Fayyadh diganggu oleh satu makhluk iaitu perempuan yg tidak berwajah serta bayi yg kudung yg mengejarnya sehingga Fayyadh koma 3bulan akibat pendarahan di kepala ketika berlari ingin menyelamatkan diri lalu terjatuh tangga.

Dalam komanya, Fayyadh memulakan pengembaraan ke alam barzakh. Fayyadh meilhat dirinya sendiri mati, ditangisi oleh ahli keluarga mahupun sahabat taulan bahkan ada juga yg suka atas kematiannya. Fayyadh menyaksikan dirinya diuruskan dari mandi,dikafankan sehinggalah selesai bacaan talkin ke atasnya.

Pelbagai seksaan demi seksaan yang dialami Fayyadh sehingga dia merintih untuk diberikan peluang untuk hidup kembali dan beramal kpd Allah. Sementara itu juga, Fayyadh dapat menyaksikan seksaan orang lain sehingga dia tertanya2 apakah dosa mereka, apakah yg telah mereka lakukan sampai begini sekali hisab yg ditanggung oleh mereka. Ada pula yg dtg kepada Fayyadh untuk menuntut dosa-dosa yg telah dilakukan bersama ketika hidup dan saling menyalahkan sesama sendiri. Datang pula seorang hamba yg mengaku Nabi Isa dan ingin menyesatkan Fayyadh dgn mempengaruhi nya untuk melalui satu jambatan ke agama kristian yg diyakini syurga. Fayyadh hampir terperangkap kerana seksaan keatas dirinya tidak dpt ditanggung lagi dan ingin segera memasuki syurga tetapi dia juga tidak akan sesekali menyekutukan Allah dgn permainan syaitan ini.

Sekembalinya dia dari koma, Fayyadh segera mencari jawapan siapakah perempuan yg tidak mempunyai wajah dan bayi kudung yg sering mengejarnya dari alam nyata sehinggalah ke alam barzakh bahkan sering bermimpi pula tentangnya setelah sedar dari koma.


Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca


Nor Shuhada
Nor Shuhada
Articles: 32