Ulasan Buku : Secangkir Teh Pengubat Letih

Secangkir teh pengubat letih adalah sebuah travelog  perjalanan mengembara mencari ilmu, kebebasan hati, kemurnian fikiran. Penulis membawa pembaca melangkahkan kaki ke negara di mana tersimpan seribu kisah  pahlawan islamiyyah yang menumpahkan darah dan jasa-jasa para pejuang kalimah Tuhan Yang Esa.

Sebuah naskhah penuh makna, merangkum penjelasan berkait kehidupan umat islam di Turki, perjuangan umat mendapatkan hak mereka sebagai umat islam selepas keruntuhan khilafah. Kebebasan dalam menzahirkan kemurnian agama islam yang menjadi punca ketakutan pemerintah, kebimbangan dan keresahan akan bangkitnya islam di tanah yang sama!

Kekerasan, kezaliman, penindasan terus berlarutan tanpa ada belas kasihan.

Wanita salah satu target kezaliman pemerintah, yang terpaksa memilih antara impian dan menjaga aurat. Sejenak terlintas difikiran betapa besarnya nikmat kebebasan  di Malaysia tetapi masih ramai yang tidak bersyukur.

Hirupan secawan teh turki yang menjadi kelaziman penduduknya seolah-olah menyambut tamu dengan sapaan mesra, penuh kehangatan ketika musim sejuk bertandang. Uniknya cara menyediakan teh di turki ialah serbuk teh akan di masak bersama air putih berbeza dengan kita di malaysia yang penyediaannya lebih ringkas dan mudah.

Menjadi kebiasaan masyarakat islam di sana menyantuni tetamu seagama dengan sangat ramah, hebatnya ukhwah yang terjalin kerana agama Allah.

Penulis turut menceritakan pergolakan politik yang terjadi di turki, kegigihan dan semangat kebangkitan parti yang membawa panji-panji islam begitu terasa suasananya, siapa yang tidak berimpian akan bangkitnya negara islam semula! Pasti sudah menjadi impian setiap orang yang beriman bukan?

Milikilah naskhah ini dan rasai sendiri tulisan pena penulis yang seolah-olah membawa pembaca mengembara bersama-sama melangkaui benua, melihat adat kebiasaan, penerokaan alam dan meraih ilmu pengetahuan.

Selamat membaca dan selamat mengembara!

 


Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca


Aishah Nerina
Aishah Nerina

لا يشكر الله من لا يشكر الناس

Articles: 47