Ulasan Buku : Perjudian

Hidup ini persis meniti di atas buih dari lautan kehidupan yg bergelombang. Perlu pengorbanan. Perlu kesetiaan dan perlu kesabaran . Dan hidup ini ada jatuh bangun. Pengorbanan itu pula adalah kemanusiaan. Kesetiaan itu laki-laki sejati dan kesabaran itu akan membuahkan kejayaan. Begitulah apa yg difikirkan oleh Pak Mat sepanjang hidupnya untuk berbakti kepada tanah. Tanah itulah kehidupan baginya. Tanah itulah punca pengorbanannya. Baginya, hidup tanpa tanah, hidup yang kosong seperti ruang angkasa.

Pak Mat sekeluarga hidup di atas tanah kosong yg diterokainya sekian lama kemudian membangunkannya dengan segala keringatnya bersama isteri, Mek Nab. Pak Mat dikurniakan 5 orang anak tetapi sayang keempat-empat anak dari 5 orang itu umur mereka tidak panjang dan anak bongsunya pula adalah perempuan bernama Siti Sarah. Apalah yang boleh dibuat oleh Siti Sarah kerana dia tidak dapat membantu kerja² keras di hutan bersama Pak Mat melainkan melakukan kerja² rumah bersama Mek Nab shj.

Waktu pantas berjalan. Mek Nab menanggung sakit yg amat lama selepas babi hutan menyerang padi mereka lalu memasang perangkap dan menjual babi itu kepada peniaga cina. Pak Mat merangka-rangka. Babi itu haram. Tetapi dia mengambil hasil dari jualan babi-babi itu. Makanan yg dibeli dari wang harga babi itu juga haram. Dan makanan itu dimakan pula oleh anak isterinya. Adakah ini azab dari Tuhan sbg peringatan utk dirinya ? Tetapi Pak Mat menyangkal semua andaian itu bahawa penyakit itu ujian daripada Tuhan. Penyakit itu bala cubaan Tuhan. Siapakah yg tidak pernah sakit dlm dunia ini ? Tidak lama kemudian Mek Nab sihat seperti sediakala dan boleh membanting tulang bersama Pak Mat tetapi hidupnya tidak juga lama kerana dipatuk ular ketika mengerjakan tanaman di kebun. 

Siti Sarah pula membesar menjadi seorang remaja yang kembang mekar. Suatu hari, Samad anak kpd sahabat baik Pak Mat iaitu Pak Daud cuba merogol Siti Sarah tetapi tidak berjaya lantas menghilangkan diri tanpa khabar berita selepas itu. Kemudian, Siti Sarah pula akhirnya bertemu dengan jejaka yg baik budi pekertinya, Salleh iaitu anak kpd sahabat Pak Mat, imam lebai Hasan. Lepaslah sudah satu tanggungjawab Pak Mat itu. 

Ujian demi ujian datang bertalu. Akhirnya suatu hari datang pula notis dari kerajaan supaya mereka segera berpindah dari tanah tersebut dengan menjanjikan pampasan tempat tinggal dan tanah yang lain untuk dibangunkan semula. Tetapi Pak Mat tidak mahu. Baginya, tanah yg didudukinya inilah telah byk dikorbankan segala keringat dan usahanya utk dibangunkan. Mengapa tidak dibilang semasa mula² meneroka dan membangunkan tanah ini bersendirian perlu membuat permohonan kepada kerajaan lalu dihitung sbg tanah haram ? 

Kekuatan tidak dapat dibina dengan tangis dan air mata. Kekuatan tidak dapat dibina dgn perasaan marah dan benci. Tapi kekuatan dapat dibina dengan azam dan tekad yg teguh. Azam dan tekad yg satu, berdiri kembali setelah jatuh. Kejatuhan bkn bererti sudah kalah. Kekalahan pertama bukan bererti kekalahan selanjutnya. Akhirnya Pak Mat akur untuk berpindah ke tanah baru yang diberikan kerajaan.


Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca


Nor Shuhada
Nor Shuhada
Articles: 32