Ulasan Buku : Perempuan Tua di Kedai Sup

PEREMPUAN TUA DI KEDAI SUP adalah salah satu ceritera diantara kisah-kisah lain di dalam buku ini. Seorang tua warganegara Indonesia beehijrah ke Malaysia untuk mencari sinar baru dalam hidup setelah diceraikan suaminya kerana fitnah yang dilemparkan . Sewaktu mudanya dia seorang gadis yang digilai ramai jejaka dan menjaga segala tatatertib kesopanan dirinya sehinggalah suatu hari orang tuanya menjodohkan dia dengan seorang yang kononnya sangat berwibawa. 

Beberapa bulan perkahwinan semuanya indah belaka sehinggalah dia disahkan hamil dan suaminya tidak bersedia lagi utk mempunyai anak bahkan menyuruhnya menggugurkan kandungan tersebut. Dia berat hati utk menggugurkan walaupun dipaksa sehinggalah suaminya itu menabur fitnah yang dia kandungkan anak lelaki lain untuk bercerai. 

Rezeki tidak berpihak padanya kerana kandungan yg dikandungnya gugur kerana lemah rahim . Akhirnya dia membawa diri ke perantauan dan bekerja di kedai sup. Apa yang jelas sehingga sekarang, dia masih mencintai suaminya .

Ini adalah kali pertama sy membaca penulisan Petak Daud.  Ceritera pertama sehingga penghabisan buku ini membuatkan kita merasa hiba dan termenung sejenak. Ya, benar ia hanyalah sekadar cerita kosong yang mungkin berlaku disekeliling kita atau juga tidak mungkin. Tetapi ianya tidak mustahil kerana manusia rambut sama hitam, hati lain-lain . 

Ada pula ceritanya seolah-olah tergantung dan menyebabkan pembaca rasa tertanya-tanya. Ada pula kisah yg sukar difahami apa yang ingin disampaikan beliau. Apapun, Petak berjaya membuka ruang minda pembaca terhadap sesuatu perkara samaada ianya hanyalah sekadar imaginasi atau realiti.


Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca


Nor Shuhada
Nor Shuhada
Articles: 32