Selamat Datang Ke Laman Web Konfess Buku
Ulasan Buku : Perempuan dari Masa Lalu
Sesekali membaca kumpulan sajak dan puisi kadangkala mengimbas kenangan lama, mungkin secara tidak langsung teringat kerana bait-bait indah yang disususun seolah-seolah memaksa diri untuk melihat semula ke zaman itu.
Begitulah fitrah naluri manusia, ada kenangan yang menggamit memori untuk diingati, meskipun kadangkala memori itu bersulam pahit yang pekat dan sedikit menghiris kalbu, namun bukanlah semua yang pahit dan hitam itu hanya bersifat “kejam” melainkan ada maksud tersirat yang belum diketahui sebelum menjalaninya. Ya, seperti kepekatan secawan kopi mungkin tidak terlihat menawan, tetapi secawan kopi itu menyimpan rahsia disebalik kepekatannya yang membuat ramai memuja dan mengilainya.
Seperti naskhah perempuan dari masa lalu ini, judulnya saja sudah mampu memikat hati setiap pembaca untuk memilikinya. Sejujurnya pembaca pasti akan terasa ada suatu kenangan atau rasa yang terimbas kembali. Apapun itu semoga pembaca mampu jujur dengan diri sendiri dan berlapang hati tentang masa-masa yang cuma perlu dikenang sebagai masa lalu.
Usaha gigih penulis akhirnya berhasil dengan jayanya, ternyata naskhah yang pernah ditolak ini begitu laris jualannya sehingga menjadi rebutan muda-mudi untuk dibaca dan difahami secara berbeza-beza mengikut tona kehidupan mereka.
Jemput miliki, dan kenanglah masa lalu sebagai sesuatu yang pernah hadir memberi pengajaran dalam mendewasakan diri sendiri.
Berminat untuk siarkan ulasan buku anda ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.
Jangan lupa untuk Like / Follow Konfess Buku di :
Facebook : Facebook.com/konfessbuku
Instagram : Instagram.com/konfessbuku
Twitter : Twitter.com/konfessbuku
#konfessbuku
#MalaysiaMembaca