Ulasan Buku : Noktah Terjahit

Tajuk Buku : Noktah Terjahit
Penulis : Nik Nur Madihah
Terbitan : Jejak Tarbiah
Cetakan : ketiga 2021

 Sebagai seorang pembaca, bagi saya satu kenikmatan apabila dapat mencicipi sebuah karya yang dapat membantu dan memberi buah fikir yang positif dalam  menjalani kehidupan yang penuh berliku. Ada ketika jasad memerlukan siraman kata-kata pengubat jiwa ketika merasa lelah dan putus asa. 

 Demikianlah yang pembaca dapat temui ketika membaca karya ini, lembut menusuk hingga ke hati. Sarat dengan nasihat, sarat dengan teguran membina. 

 ” Perempuan perlu bijak mendefinisikan diri, tidak perlu sibuk mencari populariti. Perempuan perlu pandai memelihara identiti, jangan sampai menjadi komoditi. Perempuan harus berani memecut sendiri, jangan mudah dijual beli..” (Hal.98)

 Banyak faktor yang menarik dalam nashkah ini, sehingga tidak mampu di ulas semua disini. Pada setiap bab, pembaca dihidangkan dengan pelbagai ilmu yang bermanfaat, juga susunan kata-kata yang sangat indah. Indah dibaca, mudah dicerna oleh minda. 

 Apalagi yang pembaca perlukan dari sebuah buku? Jika inginkan nasihat dan motivasi bagi membina jati diri atau mencari inspirasi nashkah ini adalah jawapannya. Yang pasti pembaca tidak akan pernah rugi memilikinya.

 Selamat membaca dan selamat membina jati diri seorang muslimah.


Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca


Aishah Nerina
Aishah Nerina

لا يشكر الله من لا يشكر الناس

Articles: 47