Ulasan Buku : Nasihat Untuk Setiap Wanita Yang Beriman

Nashkah ini adalah terjemahan dari kitab asal yang berjudul Ilā Kull Fatāh Tu’min billāh karya asy-Syahid Dr Muhammad Sa’id Ramadan al-Buti.

Karya ini khas ditulis untuk para wanita beriman. Yang dahagakan nasihat dan ilmu pengetahuan.

Sangat mengujakan mengetahui naskhah ini mendapat sambutan yang sangat baik sehingga diulang cetak kerana permintaan dari pembaca yang agak memberangsangkan, ini menunjukkan masih ramai wanita-wanita diluar sana yang sememangnya dahagakan ilmu berkenaan diri mereka.

Seorang wanita yang beriman pasti akan sedaya upaya memperbaiki diri dan memahami tujuan sebenar kehidupan dunia. Berusaha untuk tetap tunduk dan taat kepada syariat demi memperolehi redha-Nya. 

Apa yang ingin diketengahkan dalam nashkah yang mengandungi 90 muka surat ini adalah topik yang selalu menjadi perbahasan dan perselisihan dalam kalangan masyarakat umum, propaganda dari pelbagai sisi yang tidak henti-henti melaungkan tentang “kebebasan wanita” keberanian untuk bertindak dan berperilaku di luar tuntutan syariat. 

Apabila isu wanita muslimah dibahaskan pastinya ada keperluan yang mendesak demi sebuah kemaslahatan yang mungkin semakin kurang diperhatikan akibat peredaran zaman. 

Intipati dari naskhah ini adalah memberi pemahaman yang jelas kepada para wanita muslimah, agar tidak mudah digoyahkan dengan propaganda yang dilemparkan oleh musuh-musuh islam demi memalingkan wanita muslimah dari menjadi pencetak generasi yang teguh memperjuangkan islam. 

Semoga nasihat dari penulis ini tidaklah hanya sebatas kata-kata yang berlalu seperti angin, tanpa ada usaha menerapkan dalam diri setiap muslimah yang masih beriman kepada-Nya dengan sebenar-benar iman.

Jangan lupa dapatkan segera sementara stok masih ada! Untuk membeli bolehlah berkunjung ke aplikasi shoppe.


Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca


Aishah Nerina
Aishah Nerina

لا يشكر الله من لا يشكر الناس

Articles: 47