Ulasan Buku : Nama Beta Sultan Alauddin Benarlah Baginda Sultan Terbilang

👑REVIEW👑

Kejadian sejarah yang berlaku lama dahulu dilapor dan diceritakan oleh ramai orang. Tentulah ada bermacam-macam jenis cerita. Mungkin ada yg mahu sesuatu sejarah itu diingati kerana sebab tertentu, jadi perkara yg ditonjolkan berbeza-beza. Dan sejarah mengenai kegemilangan zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah juga tidak ramai yang tahu.

Sultan Alauddin Riayat Syah adalah gelaran Raja Husain. Sebelum ditabalkan menjadi sultan, nama baginda adalah Raja Husain iaitu anakanda kepada Sultan Mansur Syah dan Raden Galoh Cendera Kirana, puteri Majapahit. Almarhum Sultan Mansur Syah beristeri ramai dengan tujuan untuk mengembangkan ajaran Islam ketika itu. Salah seorang isteri baginda juga bernama Puteri Hang Li Poh yang berbangsa cina.

Semasa muda lagi Raja Husain ini telah dianiaya oleh abangnya yang berlainan ibu iaitu Raja Ahmad. Raja Ahmad pernah membuat cubaan membunuh Raja Husain yang mentah dengan memukul batu ke atas kepalanya. Raja Husain pengsan di dalam hutan yang tebal dan ditemui oleh seorang lelaki tua yang merawat kecederaan di kepalanya. Syukur umurnya masih panjang. Manakala Raja Ahmad keluar dari hutan dan memberitahu Laksamana Hang Tuah bahawa adiknya telah dibaham serigala. Laksama mengarahkan semua orang suruhannya mencari Raja Husain dan baginda tahu niat Raja Ahmad itu. Raja Husain tidak dijumpai selama sebulan.

Sementara di rumah orang tua ini, Raja Husain belajar seni mempertahankan diri iaitu silat. Selama 3hari sahaja Raja Husain dapat menangkap semua pergerakan silap dengan tangkas dan sudah tiba masanya dia ingin pulang ke istana mengubati kedukaan ayahanda dan bondanya. Orang tua yang menjaga Raja Husain menasihatinya untuk belajar ilmu tasawuf pula dengan seorang yang bernama Nuh Ha Mim. Nuh Ha Mim adalah seorang berbangsa China dan telah mengislamkan sebahagian besar penduduk China dan Manila. Tak lama selepas mengislamkan Manila, kerajaan Islam Manila jatuh ke tangan Sepanyol dan ramai penduduk murtad. Nuh Ha Mim juga merupakan guru kepada Sunan Kalijaga di Pulau Upih iaitu di Perairan Melaka.

Sultan Alauddin ditabal menjadi sultan ketika berusia 19 tahun selepas kemangkatan Almarhum Sultan Mansur Syah. Jika diikutkan turutan keluarga diraja, Sultan Ahmad yang sepatutnya menjadi Sultan Melaka tetapi takdir baginda telah mengubah sejarah kerana membunuh anak bendahara Tun Perak dan ini membuatkan penduduk Melaka tidak mahu Raja Ahmad menjadi sultan mereka lalu dihantar ke Pahang untuk menjadi Sultan Pahang. Pertabalan Raja Husain ini membuatkan Raja Ahmad bengang dan menyimpan dendam.

Ketika Melaka dilanda masalah kecurian dan rompakan serta ancaman dari Kerajaan Aru, ramai pembesar memperlekehkan Sultan Alauddin kerana beranggapan baginda masih muda dan masih mentah untuk mentadbir negeri Melaka tetapi semua telahan pembesar meleset sekali kerana baginda bukanlah seorang sultan yang mudah dipengaruhi dan diperbodohkan walaupun usianya masih muda remaja. Sejak dari peristiwa inilah penduduk Melaka menghormati dan mengakui Sultan Alauddin Riayat Syah adalah sultan yang paling bagus dan dalam masa yg sama baginda juga mendapat ancaman dari dalam terutama sekali dari pembesar-pembesar Melaka iaitu Temenggung baginda yg berbangsa mamak serta Sultan Ahmad.

Selepas kemangkatan Bendahara Tun Perak, segalanya berubah. Sultan Alauddin lebih banyak berdiam diri kerana ingin mengatur strategi untuk menghadapi pembesar yang bertopengkan manusia. Baginda ingin berangkat ke Mekah untuk menunaikan haji tetapi tidak kesampaian kerana syahid setelah keracunan makanan yang diberi oleh isterinya Tun Senaja yg sekufu dengan Temenggung dan Sultan Ahmad. Kemangkatan baginda tidak diberitahu langsung kpd Tun Kerutup dan Laksama Hang Tuah malah anak baginda terus ditabal menjadi sultan Melaka iaitu Sultan Mahmud Syah. Pemenrintahan Sultan Mahmud Syah inilah pemerintahan terakhir dalam sejarah Melaka.


Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca


Nor Shuhada
Nor Shuhada
Articles: 32