Ulasan Buku : Mutiara Perkahwinan Menurut Ajaran Islam

Buku ini merupakan alih Bahasa daripada Bahasa Arab kepada Bahasa Melayu hasil karya oleh Sheikh Muhammad Ali Qutub yang bertajuk “ Tuhfatul ‘Aris wal ‘Arus”. Buku ini juga merupakan terjemahan teks penuh dari buku asa dan bukan singkatan mahupun ringkasan daripada karya asal Sheikh Muhammad Ali Qutub. Penerbit membimbangi ia akan merugikan para pembaca sekiranya diterbitkan secara tidak penuh.

            Mengandunig 7 bab keseluruhan, buku dengan jumlah halaman sebanyak 428 muka surat, buku ini sesuai untuk dibaca oleh semua golongan khususnya pemuda pemudi yang inigin mendirikan rumah tangga. Bagi mereka yang baru mendirikan rumah tangga sesuai bagi muhasabah dan juga ilmu dalam mendirikan rumah tangga muslim sebaik mungkin. Walaupun buku ini tidaklah lengkap sepenuhnya, namun untuk permulaan, ia baik bagi mereka untuk memperbetulkan niat sebelum mendirikan rumah tangga mahupun mencari pasangan hidup.

            Selain itu juga, ada beberapa perkara yang berlaku salah faham dalam kalangan masyarakat kita yang dijelaskan secara umum didalam buku ini. Kerana penulis asal bukanlah berasal dari Tanah Melayu dan menulis dalam konteks masyarakat disana tetapi secara umumnya ia berkaitan dengan masyarakat dan diri kita sendiri. Walhal buku ini telah diterjemahkan hampir 30 tahun yang lepas, namun masih lagi sesuai untuk dpraktikkan pada masa sekarang.

“ Seorang hamba Allah yang telah beristeri ia telah melengkapi separuh agamanya, dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah untuk memenuhi sebahagian lagi.”
( diriwayatkan oleh Al-Baihaqi)

            Jarang sekali kita bertemu dengan hadis diatas sepenuhnya, bahkan banyak yang mengambil sehingga “…melengkapi separuh agama..” dan meninggalkan sambungan seterusnya. Sedangkan taqwa itu adalah lebihan separuh yang perlu diisi oleh seorang lelaki yang bakal/telah bergelar suami.

            Sedikit coretan daripada penulis saya paparkan disini buat kita semua begelar Muslim:

“Wahai kaum muslimin, marilah kita kembali kepada Islam

Janganlah kamu menyeleweng dari jalan yang lurus…

Wahai kaum muslimin marilah kembali kepada Islam…

Di dalam Islam terdapat kebahgiaan dunia dan akhirat…”

 (‘As’ad Syyid Ahmad)

 

Diulas oleh Muhammad Faizzuddin.


Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca


Muhammad Faizzuddin
Muhammad Faizzuddin
Articles: 1