Ulasan Buku : Misi Bebas Hutang

Buku “Misi Bebas Hutang” sangat menarik untuk dibaca. Mohd Zulkifli Shafie, menulis dari hati berdasarkan pengalaman sebenar beliau bebas dari hutang.

Hutang, menjadikan kita tidur tak lena. Hidup tidak menentu. Serba-serbi tak kena. Penuh dengan keresahan dan kerisauan.  Hutang perlu diurus. Ia umpama pisau.  Jika diberi pada anak kecil, pasti anak itu cedera.  Tapi, jika pisau yang sama diberi pada tukang masak yang hebat, pasti hidangan yang bakal disediakan itu enak.

Penulis mengajak pembaca bagaimana untuk menetapkan mindset yang betul tentang kewangan.  Jangan mudah terpedaya dengan simbol kekayaan supaya kita tidak menjadi hamba kepada alat. Kereta mewah, rumah besar dan handphone mahal itu hanyalah alat untuk kita mencapai matlamat.

Pelbagai nasihat yang diberikan oleh penulis bagaimana kita boleh mencapai kebebasan kewangan.  Beliau menetapkan lima checkpoint untuk bebas kewangan;

1. Aliran tunai positif, belanja kurang dari pendapatan.
2. Simpanan kecemasan 3-6 bulan pendapatan.
3. Simpanan selamat 6-12 bulam
4. Bebas hutang negatif
5. Bebas kewangan, pendapatan pasif melebihi daripada kos sara hidup.

Di luar sana pelbagai pelaburan ditawarkan dalam pasaran.  Kita pilih dan tentukan pelaburan mana yang kita hendak guna untuk capai matlamat kita.  Tetapkan matlamat, dan pilihlah pelaburan yang betul.  Usah silap dalam memilih.

Bagi pembaca yang merasakan rezeki mereka sempit, sedekahlah. Matematik Allah tidak sama dengan matematik manusia.  Allah akan lapangkan rezeki bagi mereka yang suka bersedekah.

Buku ini sangat berbaloi untuk dibaca.  Ia sangat dekat dengan masyarakat.  Kita baca dan terus buat.  In shaa Allah kita dapat manfaat.

Selamat Membaca.


Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca


Azura Abu Bakar
Azura Abu Bakar
Articles: 1