Ulasan Buku : Merantau Ke Deli

Merantau ke Deli mengisahkan cinta seorang lelaki yg merantau dan setianya seorang perempuan.

Leman. Seorang peniaga kecil yg berasal dari Padang lalu merantau ke Deli utk mencari sesuap nasi dgn hanya berbasikal dari satu tempat ke suatu tempat sambil membawa barang dagangannya. Terpaut hati dgn Poniem yg asal usulnya org Jawa. Leman bercadang utk berkahwin dgn Poniem walaupun sahabatnya, Baginda Kayo telah menasihatinya supaya dia bersikap setia dan tidak terhasut dgn percakapan lain utk menghinakan Poniem. Leman telah berjanji dan bersumpah setia. Kehidupan selepas kahwin ada pasang surutnya terutama dari segi kewangan. Ketika jualan Leman jatuh merudum, Poniem telah menggadaikan kesemua emas yg ada ditubuhnya utk memberi modal niaga kpd suaminya. Tahun demi tahun,dari hanya berbasikal shj utk berdagang akhirnya mereka suami isteri telah mempunyai kedai dan juga pembantu lelaki,Suyono. Tetapi syg,mereka tidak mempunyai anak lagi walaupun jauh disudut hati mereka teringin sekali memiliki anak.

Suatu hari, Leman ingin pulang ke kampungnya di Padang kerana telah bertahun² lamanya Leman tidak pulang dan kebetulan pula sejak kehidupan Leman 100% berubah, ramai yg mengaku saudara dan keluarga. Poniem ingin mengikut suaminya kerana sudah sampai masanya dia ingin berkenalan dgn keluarga Leman. Segala persiapan cenderamata disiapkan oleh Poniem dgn begitu cermat sebelum kepulangan mereka disana. Sesampai shj dikampung, suami isteri itu disambut dgn elok dan org kampung memuji budi bahasa Poniem walaupun dia bukan dari kalangan bangsa keturunan mereka. Sebelum pulang ke Deli, Leman telah dihasut oleh org kampung secara rahsia dari pengetahuan Poniem utk berkahwin seorang lagi terutamanya dari bangsa mereka sendiri. Leman berbelah bahagi. Dia syg akan Poniem tetapi dlm masa yg sama hatinya juga telah berpaut pd seorang gadis muda yg jauh lebih cantik dari Poniem dan juga org sekampungnya juga.

Baginda Kayo telah menasihati Leman utk kali keduanya supaya tidak menduakan Poniem kerana masa akan dtg Leman akan beroleh kerugian yg besar sama sekali. Leman terdiam. Ada betulnya juga apa yg dikatakan Baginda Kayo tetapi disangkalnya dgn yakin bahawa dia mampu mengatasinya. Dia juga bersumpah pd Poniem yg dia tidak akan sesekali menceraikan Poniem malah akan berlaku sama adil. Akhirnya Poniem redha dan Leman selamat dinikahkan dgn org yg sekampung dgnnya,Mariatun.

Mariatun tidak pandai membuat apa² selain hanya pandai mengambil hati Leman dan berhias shj. Segala kerja rumah termasuk masakan yg akan dimakan suaminya semua terletak dibahu Poniem. Hari demi hari Poniem makan hati akan sikap madunya malahan makin menjauh hati pd suaminya juga. Ada shj benda yg tidak kena yg dilakukan oleh Mariatun tetapi Leman lebih berpihak kpd isteri mudanya. Biasalah manusia bila sudah ada yg baru, yg lama akan diketepikan. Sikap Mariatun yg semakin lama semakin melampau telah mencapai tahap kesabaran Poniem yg akhirnya berlaku pertelingkahan yg besar. Leman menceraikan Poniem dgn talak 3 dan dlm masa yg sama Suyono juga tidak mahu berkhidmat dgn Leman lg kerana terasa tempiasnya hinaan berkaitan darjat keturunan Org Jawa yg dilemparkan kpd Poniem. Suyono juga berasal dari Jawa.

Poniem membawa diri ke Medan. Suyono mengikuti ke mana shj Poniem pergi dari susahnya kehidupan mereka sehingga Poniem terpaksa menggadai barang kemasnya buat kali kedua dgn harapan dpt menebusnya balik. Kehidupan mereka di Medan dari susah sehinggalah senang dan akhirnya Suyono menyatakan hasrat utk mengahwini Poniem. Mereka mengambil anak angkat perempuan dan bercadang membeli tanah serta rumah di Deli dimana tempat mereka mencari sesuap nasi dahulu.

Suyono terserempak dgn bekas majikannya,Leman. Byk perubahan sepanjang 3 tahun . Leman tidak lagi mempunyai kedai utk bedagang berjual beli malahan kehidupan lebih susah sama seperti waktu dia masih belum mengahwini Poniem-berbasikal kehulur kehilir membawa barang dagangan. Dia telah mempunyai seorang anak perempuan bersama Mariatun malah telah menyewa rumah yg seolah2 pondok kecil yg disewa dgn beberapa org penyewa lain. Segala titik peluh yg diusahakan Leman hanyalah utk menyenangkan suku sakatnya di Padang. Dia terpaksa membina rumah dan membeli sawah utk anak isterinya. Begitulah adat minangkabau dimana segala harta akan diutamakan kpd perempuan.

Leman terkejut yg Poniem telah berkahwin dgn bekas pekerjanya dan kehidupan mereka jauh lebih baik dari kehidupannya. Dia meminta maaf atas segala kesilapannya pd Poniem kerana hawa nafsu yg menguasainya dan dia telah bercadang akan pulang ke kampungnya bersama anak isteri tanpa datang lg ke bumi Deli.

 


Berminat untuk siarkan ulasan buku anda  ? Hantarkan kepada Konfess Buku melalui link ini. Artikel anda akan disiarkan di laman web dan media sosial Konfess Buku.

Jangan lupa untuk Like / Follow  Konfess Buku di :

Facebook  : Facebook.com/konfessbuku
Instagram  : Instagram.com/konfessbuku
Twitter       : Twitter.com/konfessbuku

#konfessbuku
#MalaysiaMembaca


Nor Shuhada
Nor Shuhada
Articles: 32